» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Monday, February 14, 2011

Info dari website PERUBATAN

PERUBATAN Seru Ahli Hantar Maklumat kepada Kementerian Pengajian Tinggi 

logo_jpeg_coloured 

Kuala Lumpur, 13 Febuari - Semua pelajar sains kesihatan dan pengajian Islam yang pulang kembali ke Malaysia dari Mesir berikutan insiden rusuhan rakyat Mesir baru-baru ini diminta untuk memberikan maklumat peribadi setiap pelajar kepada Bahagian Akademik, Jabatan Pengajian Tinggi. 

Kementerian Pengajian Tinggi meminta agar maklumat yang diberikan meliputi perkara beikut iaitu; nama penuh, nombor kad pengenalan, nama universiti pengajian, kuliah pengajian beserta tahun, alamat rumah di Malaysia dan nombor telefon untuk dihubungi di Malaysia. Maklumat peribadi tersebut hendaklah dihantar kepada Pengarah Bahagian Pengurusan Pembangunan Akademik, Jabatan Pengajian Tinggi di emel zarida@mohe.gov.my atau alwee@mohe.gov.my. Sebarang masalah juga boleh menghubungi Prof Madya Dr Zarida Hambali di talian 012-3300651. 

Sebarang maklumat terbaru juga akan dimaklumkan dari semasa ke semasa terutama berkaitan maklumat tarikh mula kuliah pengajian. Pihak PERUBATAN sedang berusaha untuk berhubung dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia untuk mendapatkan maklumat tersebut. Sebarang kemaskini akan dimaklumkan melalui PERUBATANonline dan setiap Cawangan beserta melalui Yahoo!Groups masing-masing. 

mediaPERUBATAN mengharapkan agar pelajar dapat merujuk mana-mana pihak berautoriti untuk mendapatkan maklumat, ataupun melalui Presiden PERUBATAN Saudara Muhammad Husaini bin Salleh di talian 014-7132205 atau Timbalan Presiden II PERUBATAN Saudari Natrah binti Ahmad Kamil di talian 0105055409.

http://perubatan.org/v3/peristiwa/142-induk/1307-perubatan-seru-ahli-hantar-maklumat-kepada-kementerian-pengajian-tinggi