» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Monday, February 14, 2011

WISMA PUTRA: LATEST SITUATION IN EGYPT

PRESS STATEMENT BY THE HONOURABLE DATO’ SRI ANIFAH AMAN, MINISTER OF FOREIGN AFFAIRS, ON THE LATEST SITUATION IN EGYPT AND THE EVACUATION PROCESS OF MALAYSIANS

Political unrest and demonstrations by the people of Egypt against its government has entered its 18th day.  The current situation in major cities in Egypt, including Cairo and Alexandria, continues to intensify as Friday Prayers were being performed (11 February 2011).

2.         The number of Malaysians still remaining in Egypt currently stands at 225 people (who have registered with the Embassy) and from that total, 16 will be returning to Malaysia.  The Embassy of Malaysia in Cairo will provide necessary assistance to these students. 
  
3.         As of 11 February 2011, the total number of Malaysians who were successfully evacuated from Egypt to Jeddah stands at 7,727.  The number of Malaysians that have been safely returned to Kuala Lumpur stands at 6,143.  A further 1,584 Malaysians are safely awaiting transport at the Tabung Haji Complex in Jeddah. 

4.         It is expected that 1,010 Malaysians to be transported from Jeddah to Kuala Lumpur on 12 February 2011 on specially chartered MAS flights as well as commercial flights.  The last group consisting of 574 people will be returning to Malaysia on 13 February 2011.
             




Minister of Foreign Affairs

PUTRAJAYA

11 Februari 2011

Laporan Terkini Dari Mesir

Ustaz Khiri Jalalluddin (kiri) bersama TYT Duta Besar Malaysia Kaherah.

Status Facebook Ustaz Khairi Jalalluddin, Atase Pendidikan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah Mesir:  :

"Baru sahaja berbincang dengan TYT Duta berkaitan tarikh naik universiti di Mesir. Pertemuan dgn Syeikh Azhar dan KPT Mesir dalam minggu ini. Harap pihak lain bersabar sehingga TYT Duta mengumumkan secara rasmi. Sekian dimaklumkan."

Laporan Akhbar


Kedutaan Malaysia Di Kaherah Terus Pantau Keadaan Di Mesir


KUALA LUMPUR: Kedutaan Malaysia di Kaherah akan terus memantau keadaan di Mesir biarpun Presiden Hosni Mubarak telah mengumumkan untuk meletak jawatan pada Jumaat.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan pada Sabtu berkata sehingga hari ini seramai 1,584 rakyat Malaysia masih menunggu untuk dibawa pulang ke tanah air dari Jeddah.

Kementerian Luar memaklumkan bahawa rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir berada dalam keadaan selamat dan menjangkakan proses membawa pulang kumpulan terakhir seramai 574 orang akan berakhir Isnin depan.

Sementara itu, Kementerian Luar berkata Malaysia mengalu-alukan keputusan Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan seperti yang dikehendaki rakyat Mesir.

Kenyataan itu berkata Malaysia juga mengalu-alukan penyerahan kuasa kepada Majlis Tertinggi Angkatan Tentera yang akan membawa kepada satu peralihan damai ke arah pemerintahan demokrasi dan kestabilan di Mesir.

Selepas 18 hari tunjuk perasaan besar-besaran rakyat menuntut Presiden Mesir itu berundur, Hosni akhirnya akur dan melepaskan jawatan yang dipegangnya selama 30 tahun, pada Jumaat.- BERNAMA

Laporan Akhbar

Dua Penerbangan MAS Bawa Pulang Pelajar Terengganu Terus Dari Jeddah

KUALA TERENGGANU: Seramai 316 pelajar Terengganu yang sedang menuntut di beberapa buah universiti di Mesir dijadual tiba di sini dari Jeddah, Arab Saudi pada petang Isnin.

Ketua Penolong Bahagian Tajaan Pelajar Yayasan Terengganu (YT) Mohd Razali Mahmud berkata, kumpulan pelajar itu dibawa pulang dengan dua penerbangan Malaysia Airlines (MAS) terus ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 178 orang adalah pelajar tajaan YT yang dijangka tiba pada pukul 4 petang serta 8 malam.

"Sebelum ini melalui Ops Piramid, seramai 69 pelajar kita telah sampai ke tanah air sejak 8 Feb lepas dan dengan kepulangan kumpulan pelajar itu menjadikan jumlah keseluruhan pelajar YT yang dibawa pulang setakat ini ialah 247 orang," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Katanya, selain pelajar tajaan YT, penerbangan esok juga akan membawa pulang pelajar Terengganu di bawah tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Penolong Kanan Setiausaha Maidam Ahmad Nordin Alias pula berkata penerbangan MAS esok membawa pulang seramai 58 pelajar tajaan Maidam.
Katanya, sebelum ini seramai 107 pelajar tajaan Maidam telah selamat tiba di tanah air menerusi Ops Piramid.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dijangka mengadakan perjumpaan dengan semua pelajar yang pulang dari Mesir itu pada petang Rabu ini di Dewan Besar Wisma Darul Iman di sini.- BERNAMA

Laporan Akhbar

KPT Akan Hantar Pegawai Ke Mesir
 
JOHOR BARU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) akan menghantar pegawainya ke Mesir bagi mengenal pasti pegawai-pegawai universiti di negara itu yang boleh membuat keputusan mengenai permohonan bagi membolehkan pelajar Malaysia pulang dari Mesir ekoran pergolakan di negara berkenaan, menduduki peperiksaan mereka di Malaysia.

Menterinya Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata selepas pentadbiran Mesir diambil alih tentera ekoran perletakan jawatan Presiden Hosni Mubarak baru-baru ini, pihaknya menghadapi kesukaran menghubungi pegawai-pegawai universiti di negara itu.

"Kementerian perlu menghubungi pegawai-pegawai universiti di sana bagi membincangkan soal sama ada mereka dapat membenarkan pelajar Malaysia menduduki peperiksaan di sini, ataupun menangguhkan sahaja jadual peperiksaan sekiranya pihak mereka berkeberatan untuk memberikan kebenaran itu," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Tahun Baru Cina anjuran Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-mukim DUN Johor Jaya, MCA Pasir Gudang di sini, Ahad.

Mohamed Khaled berkata pihaknya kini masih menunggu penilaian tahap keselamatan di Mesir oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum menghantar para pegawai ke sana.

Katanya beliau percaya keadaan di Mesir akan pulih tidak lama lagi dengan perletakan jawatan oleh Mubarak, dan kerajaan akan menimbangkan soal-soal mengenai kebenaran untuk pelajar Malaysia kembali ke Mesir bagi menyambung pengajian mereka di sana.

Menurut satu sumber lebih 2,000 pelajar Malaysia di Mesir tidak mahu pulang ke tanahair ketika 'Ops Piramid' dijalankan ketika ketegangan memuncak di negara itu, terutamanya di Kaherah.

Pelajar-pelajar itu tidak mahu pulang ke tanahair atas alasan tidak mahu terlepas peperiksaan tahun akhir mereka yang boleh menyebabkan mereka tidak dapat menamatkan pengajian, dan ada juga yang tidak mahu pulang kerana merasakan tempat mereka adalah selamat berbanding di Kaherah.

Ketika ini 1,200 pelajar perubatan belum menduduki peperiksaan mereka yang dijadualkan bermula semalam, membabitkan 1,000 pelajar daripada Universiti Tanta dan 200 lagi Universiti Al-Azhar.

Terdapat kira-kira 11,000 pelajar Malaysia mengikuti pengajian di universiti Mesir iaitu, 5,000 pelajar dalam bidang perubatan dan 6,000 lagi dalam jurusan agama.- BERNAMA

Sunday, February 13, 2011

Laporan Terkini - 13.2.2011 (21:30)


Penulis memohon maaf di atas kelewatan mengemaskini blog ini. Semua petugas diarahkan berada di KLIA dan LCCT sepanjang proses pemindahan dari Jeddah ke Kuala Lumpur. Jadual penerbangan yang tidak tetap mengakibatkan petugas-petugas terlari-lari menyediakan makanan dan minuman di terminal menunggu. Akibatnya kami kepenatan dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk memuat-naik gambar-gambar dan mengemaskini berita berkualiti.

Sepanjang kami menyediakan makanan dan minuman di lapangan terbang, semestinya pengalaman pahit manis yang kami hadapi. Yang manis, tentunya gembira dapat bersua muka dengan pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang diselamatkan dari krisis di Mesir. Selain itu, melihat perubahan riak wajah kerisauan kepada kegembiraan ibu-bapa yang menunggu beberapa jam sebelum anak mereka muncul amat memuaskan hati kami.

Yang pahit, paling pahit apabila kami dihalau dari ruang menunggu dan disindir oleh pihak pengurusan LCCT. Selain petugas KULN, pegawai-pegawai dari JPA dan MARA serta wakil-wakil setiap negeri turut menghadapinya. Hati kecil penulis terdetik, adakah disebabkan logo KULN itu yang dipersoalkan? Sebab pengurus wanita tersebut amat serius mempersoalkannya. Tanpa usul periksa beliau terus menyoal, "Kenapa ada banner pemuda UMNO ni? Siapa benarkan?". Lantas penulis terus memperbetulkan kesilapan pengurus wanita itu. Selepas menerangkan kebenaran yang penulis perolehi dan keperluan kami berada di situ, beliau masih memberi respon yang tidak menyenangkan. Isu di sini bukanlah tidak boleh menunggu di kawasan tersebut, tetapi disebabkan ada logo keramat itu yang menjadi persoalannya. 


 
Penulis juga terkesan dengan keegoan PMRAM berebut tempat dalam menyambut dan menyediakan perkhidmatan logistik kepada pelajar-pelajar. Penulis persoalkan isu pendaftaran persatuan itu di Malaysia. Tidak fahamkah mereka aktiviti yang dijalankan di mana-mana sahaja di Malaysia ini, persatuan mereka perlulah berdaftar dahulu. Jika benar mereka ingin aktif di Malaysia, daftarlah terlebih dahulu. Nampak sombong pula sesetengah pemimpin mereka dengan pegawai-pegawai kerajaan kita. Kebanyakan mereka masih lagi pelajar, tak perlulah rasa hebat.

Penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada UMNO Malaysia, melalui Setiausaha Agung YBM Tengku Adnan, penajaan 10,000 botol air mineral telah menghilangkan dahaga sebahagian besar pengunjung KLIA dan LCCT. Turut membantu adalah Sukarelawan BN- inisiatif Pejabat Timbalan Menteri KBS dan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, amat memudahkan kami mengedarkan makanan dan minuman.

Kementerian Belia dan Sukan turut bersama menyumbang makanan dan minuman ringan. Menterinya, YB Dato' Ahmad Shabery Cheek yang juga Pengerusi Biro KULN amat komited dalam memberi keselesaan kepada pelajar, ahli keluarga dan petugas-petugas dari MKN, KPT, JPA, MARA, JAKIM, KULN dan Yayasan-yayasan negeri.

Terima kasih juga kepada Yayasan Pelajaran Mara. Melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Abdul Shariff Hamid, setiap hari penyediaan makanan dan minuman telah ditaja YPM. Semoga kekenyangan semua terdiri daripada ibu-bapa, ahli keluarga dan petugas-petugas mendapat keberkatan dari Allah.

Laporan Akhbar

Kumpulan terakhir 602 warga Malaysia di Jeddah tiba esok

13/02/2011 12:22pm

SEPANG 13 Feb. – Kumpulan terakhir 602 warga Malaysia yang masih lagi berada di Jeddah, Arab Saudi dijangka dibawa pulang ke tanah air esok.
Kumpulan itu akan dibawa pulang menaiki dua pesawat masing-masing Malaysia Airlines (MAS) dan Saudi Air yang akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar tengah hari.

Pegawai Wisma Putra hari ini berkata, pada hari ini terdapat empat penerbangan membawa pulang 1,010 warga Malaysia, dengan salah satu pesawat mendarat di Jakarta, Indonesia.

"Seramai 170 rakyat Malaysia yang terlibat akan dibawa pulang menaiki pesawat Hercules C-130 dari Jakarta dan dijangka tiba di Lapangan Tentera Udara Malaysia, Subang kira-kira pukul 6 petang,” katanya.

Hadir di KLIA menyambut kepulangan pesawat pertama MAS yang tiba pada pukul 5.20 pagi dengan membawa 450 warga Malaysia hari ini ialah Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay.

Dua lagi pesawat — MAS dan Saudi Air — akan tiba di KLIA kira-kira pukul 11 pagi dan 1 petang ini, masing-masing membawa 150 orang dan 240 orang lagi rakyat Malaysia yang rata-rata merupakan pelajar. – Bernama

Friday, February 11, 2011

UMNO Online News

Ops Pyramid Staff Receives Sad News

JEDDAH, Feb 9 – The Ops Pyramid to airlift Malaysian students out Egpyt was a huge success but for a member of the Royal Air Force (RMAF) in the operation, it was also a harbinger of sad news as his beloved wife died in a road accident in Putrajaya on Monday.

Engineering Warant Officer 1 Alias Karman, 42, received news that his wife Shukriah Abdullah was killed in the accident while one of his children is in coma.

Ops Pyramid deputy head of mission Col Dzulkarnain Ahmad told Malaysian journalists here today that Alias, of RMAF’s 20th Squadron 20 based in Subang, was rushed home immediately on receiving the news.

“We extend our gratitude to the Malaysian Consul’s office here for helping us sent Alias home quickly to make funeral arrangements,” he said.

Meanwhile, 141 Malaysian Armed Forces personnel participating in the operation received advanced appreciation for their efforts from the Ministry of Defence as they were given the opportunity to perform the umrah (minor haj).

They left for Mecca in three buses provided by Lembaga Tabung Haji and on hand to sent them off was Kelab Putra 1 Malaysia president Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

KOMPLEKS BUNGA RAYA

Ini adalah gambar terkini yg sudah siap kami muat-naik untuk di perlihatkan kepada umum. Gambar telah di ambil pada 6 Februari 2011, bertempat di Kompleks Bunga Raya KLIA.

Ramai ibu bapa pelajar menunggu ketibaan pesawat pertama yg tiba dari Jeddah. Kami dapat melihat kerisauan terhadap ahli keluarga berkurang apabila pesawat yg tiba dapat kelihatan.

Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib Tun Razak telah hadir menyambut anak-anak Malaysia yang tiba pada hari tersebut bersama-sama dengan beberapa menteri kabinet dan pegawai tinggi kerajaan.

Lebih menarik beberapa pelajar sanggup menulis "Terima Kasih" dan mengangkat kertas tersebut ketika turun dari pesawat. Itu membuat para wartawan dan pegawai-pegawai dapat merasakan misi (Ops Piramid) membawa pelajar Malaysia di Mesir berjaya.