» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Friday, February 4, 2011

Berita BERNAMA February 04, 2011 6.45 PM

Anifah Denies Government Slow In Evacuating Malaysian Citizens In Egypt

KOTA KINABALU, Feb 4 (Bernama) -- Foreign Minister Datuk Seri Anifah Aman has denied allegations by certain quarters on the internet that the government was dragging its feet to evacuate Malaysian students out of strife-torn Egypt.

Putting the record straight, he said the government acted swiftly to arrange the evacuation of Malaysians from Egypt, saying it was done almost simultaneously with similar moves by other countries, including the United States.

"The people must know it is not that easy to get landing rights in Egypt. It may take sometime, unless of course if the situation there has reached that level of danger.

"After being granted landing rights, we immediately started evacuating Malaysian students out of Egypt since yesterday, and we hope to complete the evacuation process by Monday," he told reporters here Friday.

In this respect, Anifah appealed to the people, particularly bloggers, not to politicise or sabotage the noble efforts of the Malaysian Government to evacuate or fly out the more than 11,000 Malaysians from Egypt to Jeddah, Saudi Arabia.

-- BERNAMA

Anifah Nafi Kerajaan Lambat Pindahkan Rakyat Malaysia Dari Mesir
KOTA KINABALU, 4 Feb (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman menafikan dakwaan sesetengah pihak menerusi internet bahawa kerajaan lambat bertindak untuk memindahkan pelajar Malaysia dari Mesir yang kini dilanda kacau bilau.

Sebaliknya, beliau berkata kerajaan bertindak pantas untuk menguruskan pemindahan rakyat Malaysia dari Mesir, dan ini dilakukan hampir serentak dengan langkah oleh negara lain termasuk Amerika Syarikat.

"Rakyat perlu tahu bahawa bukan mudah untuk mendapatkan hak pendaratan di Mesir. Ia mungkin mengambil masa, melainkan sudah tentulah jika keadaan di sana mencapai tahap bahaya.

"Selepas diberi hak pendaratan, kami segera mulakan usaha memindahkan pelajar Malaysia keluar dari Mesir sejak semalam, dan kami harap dapat menyelesaikan proses pemindahan itu sebelum Isnin ini," katanya kepada pemberita di sini.

Sehubungan itu, Anifah merayu kepada pihak terbabit, khususnya blogger, supaya tidak mempolitik atau mensabotaj usaha murni kerajaan Malaysia untuk memindahkan atau membawa keluar lebih 11,000 rakyat negara ini dari Mesir ke Jeddah, Arab Saudi.

"Saya sangat kecewa dengan tuduhan ini apabila pada masa kerajaan kita di bawah kepimpinan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) menumpukan usaha untuk memberi keutamaan kepada keselamatan rakyat kita di Mesir, segolongan pihak tertentu pula mengambil kesempatan daripada keadaan ini demi kepentingan politik mereka.

"Sekarang adalah masa bagi semua rakyat Malaysia, tanpa mengira fahaman politik, untuk berganding tenaga dalam memastikan kejayaan proses pemindahan dan bukannya mencari salah," katanya.

Ditanya sama ada kerajaan akan menanggung kos pengangkutan udara atau penerbangan pelajar Malaysia yang terjejas dari Jeddah ke Kuala Lumpur, Anifah berkata kerajaan akan membuat keputusan berhubung perkara itu dalam sehari dua lagi.

"Kita tunggu sajalah pengumuman itu. Kerajaan akan menanggung sepenuhnya kos memindahkan rakyat kita dari Mesir ke Jeddah, dan semasa di Jeddah, kami akan menyediakan penginapan dan makanan percuma," katanya.

Anifah berharap ibu bapa pelajar Malaysia di Mesir tidak terlalu bimbang kerana kerajaan akan berusaha sedaya upaya untuk menjaga kebajikan anak mereka.

Mengenai perkembangan terkini proses pemindahan itu, beliau berkata kira-kira 3,600 pelajar Malaysia, yang dibawa menggunakan tujuh kapal terbang -- dua buah Boeing 747 Malaysia Airlines, dua buah Airbus A320 AirAsia dan tiga buah pesawat pengangkut C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia -- dijangka tiba di Jeddah menjelang tengah malam (kira-kira 6 pagi Sabtu waktu Malaysia).

Beliau berkata penerbangan ulang-alik sama ada dari Kaherah atau Iskandariah ke Jeddah akan diteruskan sehingga kesemua rakyat Malaysia dibawa keluar dari Mesir, yang digegarkan oleh tunjuk perasaan ganas untuk mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

Mengenai permintaan kerajaan Sabah untuk menggunakan penerbangan sewa khas untuk membawa keluar pelajar Sabah dari Mesir, Anifah berkata lebih baik jika kerajaan negeri menggunakan khidmat pesawat komersil yang beroperasi di Timur Tengah.

Langkah itu, katanya untuk mengelak daripada berdepan kesukaran menguruskan hak pendaratan atau ruang udara yang akan mengambil masa.

-- BERNAMA