» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Sunday, February 6, 2011

Berita Terkini BERNAMA 06 Februari, 2011 14:14 PM

Lebih 4,000 Rakyat Dan Pelajar Malaysia Dikeluarkan Dari Mesir
KUALA LUMPUR, 6 Feb (Bernama) -- Seramai 4,733 rakyat serta penuntut Malaysia telah berjaya dikeluarkan dari beberapa bandar di Mesir yang sedang bergolak ke Jeddah menerusi Ops Piramid.

Pegawai Media Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan Mejar Marina Harun memberitahu Bernama, setakat pukul 10 pagi Sabtu, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui tiga pesawat C-130 berjaya memindahkan 1,808 orang, tiga pesawat MAS (1,791) dan dua pesawat Air Asia (1,134).

Ops Piramid merupakan usaha untuk membawa rakyat Malaysia yang terkandas di Mesir ke Jeddah di Arab Saudi.

-- BERNAMA