» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Thursday, February 10, 2011

BERNAMA 10 Februari 2011, 10.51pagi

Seramai 200 Pelajar Malaysia Di Mesir Selamat Sampai Di Changi

SEREMBAN, 9 Feb (Bernama) -- Sekumpulan 200 pelajar Malaysia di Mesir, yang menaiki pesawat Saudi Airlines dari Jeddah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi di Singapura, pada pukul 3.30 petang.

Menurut seorang pelajar dari kumpulan itu, Abdul Hanis Mohd Daud, 23, setelah sampai di lapangan terbang tersebut mereka kemudian dibawa dengan empat buah bas ke Bangunan Sultan Ibrahim, Johor

"Di sana kami berehat untuk solat dan makan sebelum menuruskan perjalanan pada kira-kira pukul 7.30 malam. Kami berpecah kepada dua kumpulan di mana 19 pelajar dari Johor, Melaka dan Negeri Sembilan menaiki sebuah bas, manakala selebihnya menaiki tiga buah bas menuju terus ke Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang," katanya ketika dihubungi Bernama.

Abdul Hanis adalah pelajar tajaan kerajaan Negeri Sembilan yang berasal dari Kuala Klawang, Jelebu. Beliau adalah pelajar tahun akhir Universiti Al-Azhar dalam pengajian Al-Quran dan Qiraat.

-- BERNAMA