» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Friday, February 4, 2011

BERNAMA - February 04, 2011 00:32 AM

Seramai 645 Pelajar Malaysia Dipindah Ke Jeddah Dengan Pesawat AirAsia, MAS
Daripada Luqman Nul Hakim Mazlan dan Muammar Kamaruddin

KAHERAH, 4 Feb (Bernama) -- Seramai 645 pelajar Malaysia di Mesir akan dipindahkan ke Jeddah dengan pesawat AirAsia dan Malaysia Airlines (MAS) Khamis, kata Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay.

Beliau berkata setakat ini, sejumlah 345 pelajar telahpun dipindahkan dengan pesawat MAS pada 3 petang waktu tempatan.

"Bagi kumpulan kedua, sebanyak 300 pelajar akan dipindahkan menggunakan pesawat AirAsia...kami akan menghantar mereka ke asrama Tabung Haji di Jeddah," katanya kepada Bernama di sini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail berkata seramai 35 kakitangan Tabung Haji kini ditugaskan membantu proses pemindahan pelajar Malaysia di lokasi berkenaan.

Beliau berkata tujuh daripada mereka adalah petugas Tabung Haji di Kuala Lumpur yang dihantar khas bagi membantu 28 kakitangan badan berkenaan di Jeddah.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd Datuk Kamarudin Meranun pula berkata pihaknya sedang menunggu kebenaran untuk mendaratkan pesawat syarikat itu di Lapangan Terbang Kaherah sebelum berlepas ke Jeddah.

Beliau berkata ia perlu dilakukan sebelum menentukan jumlah sebenar pesawat yang akan digunakan untuk membantu kerajaan memindahkan pelajar dari Mesir ke Jeddah.

"Sekarang ini kita dah hantar satu penerbangan, kita tengah menunggu kelulusan terakhir daripada mereka," katanya.

Di ABU DHABI, sehingga kini, pesawat C130 Hercules milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) belum dibenarkan kerajaan Arab Saudi memasuki Jeddah.

Pesawat itu yang berlepas dari Pangkalan TUDM Subang pada 9.30 malam, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi pukul 12 tengah hari waktu Malaysia.

Ia membawa makanan dan mempunyai misi menyelamat dan membawa keluar rakyat Malaysia dari Kaherah ke Jeddah.

-- BERNAMA


Malaysia Airlines, AirAsia Start Rescue Operation
From Luqman Nul Hakim Mazlan and Muammar Kamaruddin

CAIRO, Feb 4 (Bernama) -- The Malaysia Airlines (MAS) and AirAsia have started evacuating Malaysian students from strife-torn Egypt to Jeddah Thursday.

Deputy Foreign Minister A. Kohilan Pillay said 345 students were flown out of Egypt by MAS at 3pm local time while the second batch of 300 students would be flown out by AirAsia shortly.

They will be sheltered at the Tabung Haji Hostel in Jeddah, he told Bernama here.

Tabung Haji chief executive officer Datuk Ismee Ismail said 35 Tabung Haji employees, including seven from Kuala Lumpur, were tasked with arranging the transfer of the students to the hostel in Jeddah.

Meanwhile, AirAsia deputy group chief executive officer Datuk Kamarudin Meranun said the airline was awaiting permission from the Cairo aviation authority to fly out more students.

In Abu Dhabi, the Royal Malaysia Air Force (RMAF) had yet to obtain permission from the Saudi Arabian aviation authority for its C130 Hercules aircraft to land in Jeddah.

The aircraft which took off from the Subang RMAF Base at about 9.30pm Wednesday night landed at the Abu Dhabi International Airport at noon (Malaysian time) Thursday.

Besides bringing food for the students, the aircraft will also be used to fly out Malaysian students from Cairo to Jeddah.

-- BERNAMA