» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Thursday, February 10, 2011

BLOG: Medic Mesir 10 Februari 2011, 10.59pagi

Email dari Dekan Pergigian Banat Al-Azhar Mengenai Tarikh Permulaan Kuliah

Salam, Khas untuk Kuliah Pergigian Perempuan Alazhar,

Dibawah adalah email yang diterima dari Dekan Universiti Az Azhar yang mengumumkan kuliah akan dimulakan pada 19hb Februari 2011. Ini juga adalah tarikh yang dimaklumkan untuk kesemua kuliah pergigian (lelaki) dan kuliah perubatan. Namun seperti yang telah Ummi jelaskan dari awal, MedicMesir tidak akan mengikuti sebarang tarikh yang diberikan oleh Universiti,TETAPI akan menetapkan tarikh setelah Kerajaan Malaysia menetapkan tarikh yang selamat untuk pulang ke Mesir.

Pihak kami juga berpendapat, masih ramai pelajar Mesir yang masih berada di Jeddah menunggu giliran untuk diterbangkan ke Malaysia. Oleh itu, ramai ibubapa tidak dapat menerima tarikh permulaan kuliah yang tinggal beberapa hari dan dalam masa yang sama, anak mereka sedang menunggu giliran untuk pulang ke Malaysia.

Wallahualam. Semoga dilema tarikh permulaan kuliah dan tarikh selamat untuk pulang keMesir akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat. Semoga dipermudahkan urusan semua yang terlibat.

Harap Maklum,
UmmiMM

Sumber dari http://www.medicmesir.com/