» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Wednesday, February 2, 2011

Extra Info (BERNAMA)

Gangguan Perkhidmatan Penerbangan MAS Ke Kaherah

DUBAI, 2 Feb (Bernama) -- Pelanggan berkongsi kod penerbangan Malaysia Airlines (MAS) bersama Egypt Air dari dan ke Kaherah menerusi pesawat MH9148 dan MH9149 kini boleh menukar tarikh penerbangan mereka sehingga 30 Jun.

Bagimanapun MAS berkata tiket yang memerlukan pertukaran tarikh penerbangan itu di dalam kelas yang sama, mesti dikeluarkan semula oleh pejabat tiket MAS menjelang 14 Feb ini.

Bagi pulangan bayaran harga tiket yang telah ditempah, ia adalah berdasarkan kepada terma dan syarat pembelian tiket tersebut.

"Pelanggan turut dimaklumkan bahawa pejabat MAS di Kaherah telah ditutup sehingga pemberitahuan lanjut dikeluarkan," kata MAS menerusi satu kenyataan di sini.

Semasa penutupannya, pelanggan yang menetap di Kaherah boleh menghubungi penyelia tempahan MAS, Mona Rady menerusi telefon bimbit beliau di talian 0020101422013.

Bagi mereka di Malaysia pula, mereka boleh menghubungi pusat panggilan 24 jam MAS di talian 1300 88 3000.

Mesir kini dicengkam rusuhan oleh penunjuk perasaan yang mahukan Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

-- BERNAMA 02 Februari, 2011 22:28 PM