» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Monday, February 7, 2011

Kumpulan Pertama Pelajar Sabah tiba di Kota Kinabalu



Pada 6 Febuari 2011, kumpulan pertama pelajar negeri Sabah yang dibawa balik oleh Kerajaan Negeri Sabah, telah selamat sampai di Lapangan Terbang Kota Kinabalu pada jam 6 petang tadi. Seramai 49 orang pelajar Sabah telah pulang ke tanah air. Para pelajar ini telah disambut oleh YAB Ketua Menteri Sabah, para pemimpin negeri, Pemimpin Kelab UMNO Kaherah yang kebetulan kembali ke tanah air untuk bercuti sebelum rusuhan berlaku dan juga para ibu bapa mereka serta  keluarga.




Penulis sempat bersama dengan seorang daripada  pelajar tersebut iaitu saudara Aizuddin Bin Hidrus yang juga merupakan Naib Pengerusi Kelab UMNO Kaherah. Beliau yang mengetuai rombongan yang dibawa pulang itu amat bersyukur pada Allah SWT atas limpah kurniaNya yang mengizinkan mereka pulang ke tanah air. Menurut beliau juga , keadaan di Mesir sekarang terkawal, dan pelajar negeri Sabah berada dalam keadaan yang baik. Beliau mengucapkan jutaan terima kasih kepada kerajaan Negeri Sabah di bawah teraju YAB Datuk Seri Panglima Haji Musa Bin Haji Aman yang telah bertindak proaktif untuk membawa mereka  kembali ke tanah air dengan pantas. 


Menurut seorang pelajar jurusan Syariah Islamiah Universiti Al-Azhar, Zafiqah Binti Madin, pengalaman ini merupakan suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Dengan keadaan dipenuhi dengan askar dan kereta kebal, namun keselamatan mereka tetap terkawal.






Proses evakuasi yang dijalankan oleh kerajaan Negeri Sabah ini akan berlarutan sehingga 10 Febuari di mana keseluruhan 311 pelajar Sabah akan dihantar pulang ke negeri Sabah melalui Qatar Airlines. Pemindahan perlu dibuat secara berperingkat kerana pemindahan dilakukan melalui penerbangan berjadual.



Tahniah dan ribuan terima  diucapkan kepada Kerajaan Negeri Sabah yang berjaya membawa anak Sabah kembali ke Negeri tercinta dengan selamatnya.