» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Tuesday, February 8, 2011

Laporan Akhbar

Lebih 7,000 pelajar, rakyat Malaysia dikeluarkan dari Mesir

08/02/2011 2:23am

KUALA LUMPUR 8 Feb. – Seramai 7,209 pelajar dan warga Malaysia telah berjaya dibawa keluar dari beberapa bandar di Mesir ke Jeddah, Arab Saudi menerusi Ops Piramid.

Pegawai Media Unit Komunikasi Korporat Kementerian Pertahanan, Mejar Marina Harun berkata, setakat pukul 10 malam tadi, Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melalui tiga pesawat Hercules C-130 berjaya memindahkan 3,374 orang, tiga pesawat MAS (2,150) dan dua pesawat AirAsia (1,685).

Ops Piramid adalah operasi membawa warga Malaysia keluar dari Mesir yang sedang bergolak akibat tunjuk perasaan ratusan ribu rakyat negara itu yang mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan. - Bernama