» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Monday, February 14, 2011

Laporan Akhbar

Dua Penerbangan MAS Bawa Pulang Pelajar Terengganu Terus Dari Jeddah

KUALA TERENGGANU: Seramai 316 pelajar Terengganu yang sedang menuntut di beberapa buah universiti di Mesir dijadual tiba di sini dari Jeddah, Arab Saudi pada petang Isnin.

Ketua Penolong Bahagian Tajaan Pelajar Yayasan Terengganu (YT) Mohd Razali Mahmud berkata, kumpulan pelajar itu dibawa pulang dengan dua penerbangan Malaysia Airlines (MAS) terus ke Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) di sini.

Beliau berkata daripada jumlah itu, seramai 178 orang adalah pelajar tajaan YT yang dijangka tiba pada pukul 4 petang serta 8 malam.

"Sebelum ini melalui Ops Piramid, seramai 69 pelajar kita telah sampai ke tanah air sejak 8 Feb lepas dan dengan kepulangan kumpulan pelajar itu menjadikan jumlah keseluruhan pelajar YT yang dibawa pulang setakat ini ialah 247 orang," katanya kepada Bernama di sini, Ahad.

Katanya, selain pelajar tajaan YT, penerbangan esok juga akan membawa pulang pelajar Terengganu di bawah tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Penolong Kanan Setiausaha Maidam Ahmad Nordin Alias pula berkata penerbangan MAS esok membawa pulang seramai 58 pelajar tajaan Maidam.
Katanya, sebelum ini seramai 107 pelajar tajaan Maidam telah selamat tiba di tanah air menerusi Ops Piramid.

Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said dijangka mengadakan perjumpaan dengan semua pelajar yang pulang dari Mesir itu pada petang Rabu ini di Dewan Besar Wisma Darul Iman di sini.- BERNAMA