» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Thursday, February 3, 2011

Laporan Akhbar

Tiada pilih kasih bawa pulang pelajar dari Mesir

KUALA LUMPUR 2 Feb. - Kementerian Pengajian Tinggi menegaskan tidak wujud amalan pilih kasih dalam usaha kerajaan untuk membawa pulang para pelajar yang menuntut di Mesir ekoran krisis politik di negara tersebut.
Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, kerajaan akan memastikan kesemua pelajar terbabit dikeluarkan dari republik itu secepat mungkin sebelum diputuskan untuk dibawa pulang ke Malaysia.
"Selagi mereka rakyat Malaysia, kesemua mereka perlu dikeluarkan (dari Mesir)," katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Tabung Endowmen Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di sini hari ini. (Utusan)

3 comments:

mangchikla said...

Bnyk berita yg saya dgr , bawa keluar rakyat mesia kuar ke saudi Arabia, tapi tiada berita pengangkutan keluar dari saudi ke KUL, x 'transparent' gitu. Apa komen tuan punye blog, sekadar ingin tahu, tk

Seketeriat Kelab UMNO Luar Negara said...

Kerajaan buat terbaik. Apa yg penting adalah proses evakuasi rakyat dari Mesir. Mereka akan putuskan kemudian. Paling penting keselamatan masing-masing. InsyaAllah, kita doa sama-sama.

Seketeriat Kelab UMNO Luar Negara said...

berita dari Cairo http://kuln-krisis-mesir.blogspot.com/2011/02/laporan-terkini-dari-cairo-blog-medan.html

Post a Comment