» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Thursday, February 3, 2011

Laporan Akhbar..Kelab UMNO luar negara tubuh bantu pelajar di Mesir



KUALA LUMPUR 2 Feb. – Sekretariat Kelab Umno Luar Negara dengan kerjasama Wisma Putra, Pemuda UMNO dan agensi berkaitan menubuhkan “Jawatankuasa Penyelarasan Bantuan dan Maklumat Pelajar Malaysia di Mesir” bagi membantu soal pemindahan dan keselamatan warga Malaysia di negara yang sedang bergolak itu.


Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, peruntukan pendahuluan sejumlah RM35,000 telah disalurkan kepada anggota jawatankuasa berkenaan iaitu kira-kira 700 anggota kelab itu yang berada di Mesir bagi menggerakkan sebarang bentuk bantuan yang diperlukan.

"Di Mesir terdapat Kelab UMNO dan pelajar di sana telah kita maklumkan untuk menjadi pembantu kepada sebarang usaha untuk menggerakkan langkah terutama sekali dalam soal keselamatan dan juga soal pemindahan yang akan dilakukan.

"Jawatankuasa ini juga akan menyediakan informasi keadaan terbaru di rumah-rumah negeri serta keadaan semasa di negara itu dari sumber rasmi, selain melayani pertanyaan ibu bapa serta pelajar,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ahmad Shabery yang juga Menteri Belia dan Sukan berkata, orang ramai boleh mengikuti laman web www.kelab-umno.com dan http://kuln-krisis-mesir.blogspot.com/ yang dikemas kini setiap jam bagi mengikuti perkembangan semasa keadaan pelajar dan rumah negeri di Mesir. – Bernama