» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Sunday, February 13, 2011

Laporan Terkini - 13.2.2011 (21:30)


Penulis memohon maaf di atas kelewatan mengemaskini blog ini. Semua petugas diarahkan berada di KLIA dan LCCT sepanjang proses pemindahan dari Jeddah ke Kuala Lumpur. Jadual penerbangan yang tidak tetap mengakibatkan petugas-petugas terlari-lari menyediakan makanan dan minuman di terminal menunggu. Akibatnya kami kepenatan dan tidak mempunyai masa yang cukup untuk memuat-naik gambar-gambar dan mengemaskini berita berkualiti.

Sepanjang kami menyediakan makanan dan minuman di lapangan terbang, semestinya pengalaman pahit manis yang kami hadapi. Yang manis, tentunya gembira dapat bersua muka dengan pelajar-pelajar dan rakyat Malaysia yang diselamatkan dari krisis di Mesir. Selain itu, melihat perubahan riak wajah kerisauan kepada kegembiraan ibu-bapa yang menunggu beberapa jam sebelum anak mereka muncul amat memuaskan hati kami.

Yang pahit, paling pahit apabila kami dihalau dari ruang menunggu dan disindir oleh pihak pengurusan LCCT. Selain petugas KULN, pegawai-pegawai dari JPA dan MARA serta wakil-wakil setiap negeri turut menghadapinya. Hati kecil penulis terdetik, adakah disebabkan logo KULN itu yang dipersoalkan? Sebab pengurus wanita tersebut amat serius mempersoalkannya. Tanpa usul periksa beliau terus menyoal, "Kenapa ada banner pemuda UMNO ni? Siapa benarkan?". Lantas penulis terus memperbetulkan kesilapan pengurus wanita itu. Selepas menerangkan kebenaran yang penulis perolehi dan keperluan kami berada di situ, beliau masih memberi respon yang tidak menyenangkan. Isu di sini bukanlah tidak boleh menunggu di kawasan tersebut, tetapi disebabkan ada logo keramat itu yang menjadi persoalannya. 


 
Penulis juga terkesan dengan keegoan PMRAM berebut tempat dalam menyambut dan menyediakan perkhidmatan logistik kepada pelajar-pelajar. Penulis persoalkan isu pendaftaran persatuan itu di Malaysia. Tidak fahamkah mereka aktiviti yang dijalankan di mana-mana sahaja di Malaysia ini, persatuan mereka perlulah berdaftar dahulu. Jika benar mereka ingin aktif di Malaysia, daftarlah terlebih dahulu. Nampak sombong pula sesetengah pemimpin mereka dengan pegawai-pegawai kerajaan kita. Kebanyakan mereka masih lagi pelajar, tak perlulah rasa hebat.

Penulis juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada UMNO Malaysia, melalui Setiausaha Agung YBM Tengku Adnan, penajaan 10,000 botol air mineral telah menghilangkan dahaga sebahagian besar pengunjung KLIA dan LCCT. Turut membantu adalah Sukarelawan BN- inisiatif Pejabat Timbalan Menteri KBS dan Pergerakan Wanita UMNO Malaysia, amat memudahkan kami mengedarkan makanan dan minuman.

Kementerian Belia dan Sukan turut bersama menyumbang makanan dan minuman ringan. Menterinya, YB Dato' Ahmad Shabery Cheek yang juga Pengerusi Biro KULN amat komited dalam memberi keselesaan kepada pelajar, ahli keluarga dan petugas-petugas dari MKN, KPT, JPA, MARA, JAKIM, KULN dan Yayasan-yayasan negeri.

Terima kasih juga kepada Yayasan Pelajaran Mara. Melalui Ketua Pegawai Eksekutifnya, Encik Abdul Shariff Hamid, setiap hari penyediaan makanan dan minuman telah ditaja YPM. Semoga kekenyangan semua terdiri daripada ibu-bapa, ahli keluarga dan petugas-petugas mendapat keberkatan dari Allah.