Kerajaan akan memindahkan rakyat Malaysia di Mesir dengan Pesawat TUDM dan Juga Kapal TLDM.
Menurut bilik gerakan Wisma Putra Kerajaan Malaysia akan menghantar pesawat TUDM untuk memindahkan pelajar kita dari Mesir ke Jeddah. Pesawat pertama akan berlepas ke Kaherah pada hari ini 2 Febuari 2011 pada jam 12 tengah hari. Pesawat itu juga membawa bersama bantuan makanan. Pemindahahan akan dijalankan pada hari ini dan dijangkakan sehingga 5 Febuari 2011. Dianggarkan dalam masa sehari seramai 3000 orang pelajar dapat dipindahkan melalui 3 penerbangan sehari. Selain itu juga dilaporkan, sebuah kapal TLDM akan berlabuh di Perlabuhan Adabiyah untuk turut membantu proses pemindahan ke Jeddah. Proses pemindahan mungkin dilanjutkan daripada tarikh dijangkakan sekiranya ada keperluan.
Kami pihak penyelaras ada menyediakan senarai talian untuk dihubungi: http://kuln-krisis-mesir.blogspot.com/p/talian-komunikasi.html
Kami pihak penyelaras ada menyediakan senarai talian untuk dihubungi: http://kuln-krisis-mesir.blogspot.com/p/talian-komunikasi.html