» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Thursday, February 3, 2011

Laporan Terkini - 3.2.2011 (12.12 tghri)

Sedikit maklumat untuk ibu-bapa yang masih gusar dengan perkembangan anak-anak mereka. Kawasan demonstrasi di Kaherah adalah jauh dari kawasan penempatan pelajar. Namun langkah berjaga-jaga perlu diteruskan demi mengelak perkara-perkara yang tidak diingini berlaku. Pengalaman penulis belajar dan bekerja di Kaherah sedikit sebanyak membantu menyalurkan maklumat ini.

Sememangnya isu ini adalah isu dalaman Mesir. Rakyat Malaysia dipandang mulia oleh warga Mesir dan saya begitu yakin selagi rakyat kita tidak menyertai demonstrasi tersebut, kita akan selamat. Cuma jika terperangkap di dalam trafik mungkin mengundang masalah dan trauma.
Ketika ini, pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah telah menyusun perjalanan rakyat Malaysia termasuk pelajar-pelajar ke Cairo International Airport di samping menyediakan makanan untuk mereka. Difahamkan rusuhan berlaku malam semalam, tetapi tidak melibatkan mana-mana rakyat Malaysia. Maklumat evakuasi telah berjaya disampaikan, insyaAllah proses pemindahan berjalan seperti yang dirancang.

Ber'chat' dengan salah seorang sahabat di Hayyu Sabik Kaherah malam semalam, Saudara Alwee, dia yang tinggal di rumah persendirian bersama rakan-rakannya menceritakan pengalaman menghadapi perintah berkurung di sana. Ternyata makanan yang terhad memberi gangguan emosi tatkala Kerajaan Malaysia mengatur misi menyelamat. Selain menenangkan emosinya penulis juga menerangkan keperluan menghantar rakyat kita di Jeddah ketika ini. Masalah komunikasi, pemerhatian semasa, prosedur ruang udara dan perancangan teliti Wisma Putra antara sebab misi dilaksanakan selepas lebih seminggu krisis ini berlaku. Setelah menerangkan dengan panjang lebar, barulah mereka faham. Nampaknya ujian Allah kali ini betul-betul menduga pelajar kita di sana.

Menurut seorang lagi sahabat penulis, Saudara Safrin, dia mendapat maklumat dari rakyat tempatan rusuhan teruk akan berlaku. Ternyata ianya berlaku malam semalam. Dia yang akan berangkat ke Jeddah mengharapkan doa rakyat Malaysia akan berterusan sehingga Opersai Piramid selesai.