» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Friday, February 4, 2011

Laporan Terkini - 4.2.2011 (4.15ptg)

Masih ramai yg keliru berkenaan kos membawa pelajar kita dari Kaherah-Jeddah-KL. Sehinggakan ada pihak yang cuba mengeruhkan keadaan dengan menyebar sms kepada pelajar2 di Mesir supaya tidak menaiki kapal terbang yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia.

Sebelum ini, ketika perancangan dibuat mereka mencemuh kenyataan TPM Tan Sri Muhyiddin, sekarang bila dah diberi kemudahan percuma ada pula yg cemburu dan cuba meracuni fikiran pelajar2 pula!

Datuk Shahlan (Setiausaha Politik PM) di Berita Awani pagi tadi telah menjelaskan situasi sebenar. Kepada ibubapa janganlah risau sangat. Anak-anak kita selamat dlm penjagaan Wisma Putra, LUTH dan sukarelawan Kelab Putera 1Malaysia. Cuma masa sahaja diperlukan utk mengurus-selia pelajar2 dari Kaherah.

Penulis difahamkan ada demonstrasi dibuat di Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur. Dilaporkan 3000 org dari parti PAS. Apa tujuan perarakan itu? Kalau setakat nak cari publisiti tak perlu la! Ketegangan di Mesir tiada kena mengena dengan Kedutaan US di KUALA LUMPUR! Tak perlu kita menyalak tak tentu pasal akhirnya merugikan keamanan negara kita ini!