» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Sunday, February 6, 2011

Laporan Terkini - 6.2.2011 (11.45pm)

Cubaan penulis menjejaki Pengerusi-pengerusi KULN di Mesir selain Wan Sherhan Wan Alias (Pengerusi KULN Kaherah) yang telah berada di Malaysia sebelum krisis di Mesir tercetus, mengalami jalan buntu. Selepas beberapa kali mendail, akhirnya penulis hanya berjaya mendapatkan Saudara Habib Bakri Mamat (Pengerusi KULN Mansurah, gambar) yang dalam perjalanan dari Rumah MARA di Iskandariah ke Lapangan Terbang Antarabangsa Iskandariah. Saudara Habib yang merupakan pelajar Fakulti Perubatan, Mansoura Manchester,  Tahun 2 Semester 3,  bersama 50 orang pelajar yang lain akan menaiki penerbangan ketiga untuk hari ini ke Jeddah, Arab Saudi.

Dengan nada sopan, Saudara Habib yang berasal dari Kuala Terengganu menerangkan proses evakuasi di Mansurah berjalan lancar mengikut 4 zon yang telah ditetapkan iaitu; Istad Gama'ah, Masjid Samanoudy, Syaima' dan Utubis Gadid. Ternyata perancangan yang baik dan ketepatan maklumat serta kerjasama beberapa pihak menghasilkan proses pemindahan yang lancar.

Setibanya mereka di Iskandariah, pelajar-pelajar mendapat rehat yang cukup di Rumah MARA dengan suasana yang selesa. "Cuma makanan kami beli sendiri di Kantin dan ada yang membawanya sendiri dari Mansurah", ulas Saudara Habib ketika ditanya berkenaan bekalan makanan. Penulis difahamkan dalam situasi kumpulan besar ini, adalah sukar untuk menyediakan makanan dalam kuantiti yang banyak. Selain itu, bekalan makanan yang dibawa dari Malaysia amat terhad dan sebahagiannya telah dirampas oleh pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah.