» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Wednesday, February 9, 2011

Berita Harian 9 Februari 2011, 4.25pagi

Lebih 5,000 pelajar Mesir akan dihantar pulang dari Jeddah sebelum Ahad 
JEDDAH: Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan berusaha mengeluarkan lebih 5,000 pelajar dari Mesir yang ditempatkan di Pusat Transit Haji, Madinatul Hujjaj di sini, sebelum Ahad ini.

Setiausaha MKN, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab, berkata bagi menghargai jasa baik kerajaan Arab Saudi, pihak sekretariat yang bertanggungjawab membawa keluar pelajar Malaysia dari Mesir cuba menamatkan misi ini lebih awal.
"Ini adalah kali pertama kerajaan Arab Saudi mengeluarkan visa pada hari ketibaan atas semangat hubungan baik Kuala Lumpur dengan Riyadh.

"Namun kita tidak boleh sewenang-wenangnya mempergunakan kemudahan yang disediakan untuk melengahkan usaha membawa keluar rakyat kita di negara ini," katanya ketika dihubungi di Jeddah hari ini.

Beliau yang tiba dengan penerbangan terakhir misi membawa keluar pelajar menggunakan pesawat Hercules C130 TUDM semalam berkata, meskipun operasi di Mesir sudah ditamatkan, ia tidak bermakna Kerajaan tidak memantau perkembangan keselamatan di negara itu.

"Masih ramai pelajar kita yang mengambil keputusan tidak mahu pulang kerana misi ini adalah sekadar mengeluarkan mereka dari sana secara sukarela," katanya.

"Kita akan membuat keputusan lain andai keadaan bertambah buruk termasuk langkah memaksa mereka keluar dari Mesir. Bagaimanapun ketika ini keadaan di sana masih terkawal," kata beliau.
Tajudeen berkata, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) juga akan dihantar pulang dalam masa terdekat kerana sudah tiada lagi keperluan untuk mereka berada di sini.

"Andai keadaan memaksa kita tiada masalah untuk menggerakkan mereka semula ke sini, berpandukan kepada pengalaman kita sebelum ini sewaktu Operasi Piramid bermula," menurutnya. - BERNAMA