» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Wednesday, February 2, 2011

SEKETERIAT KULN: LAPORAN TERKINI DARI PEJABAT SEKETERIAT KULN



Rabu, 2 Februari 2011- 1.30 am
IBU BAPA DIMINTA BERTENANG DAN JANGAN TERUSIK DENGAN BERITA YANG TIDAK SAHIH

Para ibu bapa diminta bertenang  dan jangan terusik dengan berita yang tidak sahih. Baru-baru ini kita telah dikejutkan dengan khabar yang mengatakan pelajar Malaysia dirogol dan ada yang terkena tembakan. Perkara ini amat membimbangkan dan ramai telah menyoal kredibiliti kedutaan Malaysia di Kaherah serta kecekapan kerajaan Malaysia.

Untuk mendapat penjelasan lanjut, pihak kami telah menghubungi Encik Samsul Kahar, Setiausaha kedua  Kedutaan Besar Malaysia Kaherah untuk mendapatkan maklumat. Menurut beliau , setelah disiasat , telah disahkan tidak ada pelajar Malaysia yang dirogol seperti yang diwar-warkan. Semua ini merupakan khabar angin yang tidak betul dan boleh merisaukan ibu bapa. Mengenai isu pelajar terkena tembakan, sebenarnya pelajar Malaysia tersebut hanya terkena serpihan tembakan. Ketika itu, pelajar tersebut tidak tahu mengenai rusuhan itu. Mengenai aduan pelajar yang tidak melihat pegawai kedutaan ke kawasan luar Kaherah pula beliau menjelaskan keadaan di sana dalam perintah berkurung. Jadi tidak mungkin mereka dapat meneruskan perjalanan ke sana.

Selain itu, terdapat juga aduan bahawa kenapa pelajar perubatan sahaja diberi perhatian dan diberikan tempat di Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah. Menjawab aduan itu, beliau menjelaskan pelajar perubatan ramai yang tinggal di kawasan Sayyida Zainab yang berdekatan dengan Dataran Tahrir. Oleh itu mereka dipindahkan ke Dewan Malaysia Abbasiyah Kaherah. Bagi pelajar pengajian , mereka boleh berpindah ke rumah negeri masing-masing kerana rumah negeri mereka berdekatan dengan penempatan mereka yang jauh dari  kawasan rusuhan di dataran.

Bagi pelajar yang terkandas di lapangan terbang , pihak kedutaan telah menghantar bantuan makanan selama dua hari berturut-turut dan ada pegawai yang bertugas ditempatkan di lapangan terbang tersebut.

Keadaan pelajar di Mesir terkawal dan diharap tiada pihak yang menokok tambah cerita

Keadaan pelajar di Mesir dalam keadaan yang terkawal dan selamat menurut laporan pelajar di sana.
Menurut Pengerusi Kelab UMNO Mansoura , Habib Bakri bin Mamat, keadaan di Mansoura terkawal dan tidak ada perkara yang tidak diiingini berlaku. Para jiran tetangga Arab saling berjaga mengawal keselamatan perumahan.

Menurut pelajar Al-Azhar yang tinggal di kawasan Kaherah Mohd Syafiq Ismail, mereka diarahkan supaya jangan keluar dari rumah. Menurut beliau juga, bekalan makanan masih kerana masih ada kedai yang dibuka sebelum waktu perintah berkurung dijalankan.

Selain itu, di Kaherah , Pegawai Wisma Yayasan Sabah Kaherah menafikan bahawa Wisma Yayasan Sabah diceroboh dan menjadi sasaran pihak yang merusuh. Beliau mengharapkan media di Malaysia mendapatkan  berita dari sumber yang boleh dipercayai dan sebaiknya dari pegawai rumah negeri.

Menurut beliau juga semua pelajar Sabah dalam keadaan selamat. Beliau juga meminta ibu bapa bertenang dan beliau akan sentiasa ada untuk membantu pihak kedutaan dalam sebarang tindakan.