» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Wednesday, February 2, 2011

SIDANG AKHBAR JAWATANKUASA PENYELARAS BANTUAN DAN MAKLUMAT KRISIS DI MESIR (LATEST)

Sidang akhbar oleh Dato Sri Ahmad Shabery Cheek pada 2 Februari 2011, 2.30 petang di Seketeriat Kelab UMNO Negara (KULN)

1.   Sekreteriat Kelab UMNO Luar Negara dengan kerjasama Wisma Putra, MSD, dan Kementerian-Kementerian berkaitan menubuhkan Jawatankuasa Penyelarasan Bantuan dan Maklumat Pelajar Malaysia di Mesir. Selain itu jawatankuasa akan melibatkan semua ahli-ahli Kelab UMNO di Mesir sebagai pelapor maklumat dan pertugas bantuan.

Rakan Strategik Selain MSD dan Kedutaan:
1.     Ahmed El-Attal di Kaherah (El-Attal Group Brothers [Egypt] Limited) 
2.     Encik Anuar pegawai Rumah Melaka di Kaherah

Jawatankuasa ini bertujuan:-
·     Menyediakan informasi keadaan di Rumah-Rumah Negeri
·     Hal ehwal pelajar Malaysia
·     Keperluan pelajar yang tersadai di sana
·     Keadaan semasa yang sebenar daripada sumber rasmi
·     Melayani pertanyaan ibubapa dan pelajar
·     Meredakan kegusaran ibubapa dan nafi berita palsu

2.     SUMBANGAN DANA KEPADA JAWATANKUASA INI
·    Sumbangan bantuan RM35,000 kepada Jawatankuasa Penyelaras bagi membantu urusan keperluan pelajar.
·     Akan kumpulkan sumbangan daripada pelbagai pihak untuk disalurkan bagi misi ini.
·     Terdapat beberapa pihak sudah menyatakan kesediaan membantu termasuk YPM sebanyak RM35,000 lagi.

3.     LAMAN WEB PERKEMBANGAN PELAJAR DI MESIR

·    Boleh ikuti perkembangan semasa keadaan pelajar dan Rumah Negeri melalui laman web kelab UMNO di www.kelab-umno.com dan http://kuln-krisis-mesir.blogspot.com/  yang dikemaskini setiap jam.
·     Sumbangan bahan berita daripada pelajar di Mesir dan pusat pemindahan mereka
·     Informasi daripada pihak berkuasa
·     Rujukan talian hotline dan laman-laman lain

4.     IBUBAPA DIMINTA BERTENANG

·     Ini kerana rusuhan ini berkaitan dengan penentangan terhadap kepimpinan kerajaan
·     Tiada masalah racial dan kebencian terhadap orang luar
·     Minta redakan kerisauan ibu bapa
·     Pelajar dan ahli KULN diminta hubungi Pegawai-pegawai Negeri