» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Friday, February 4, 2011

SIDANG MEDIA KHAS DI PEJABAT KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI CAIRO - 4.2.2011 (6.08)



Ketua Delegasi Misi Khas ke Mesir, YB Senator Dato Seri Jamil Khir telah mengadakan sidang media untuk menjelaskan kekalutan khabar angin yg disebarkan pihak tertentu.

1. Khabar angin berkenaan tambang pulang ke Malaysia
  • Ada pihak cuba menyampaikan berita palsu kepada para pelajar di Mesir berkenaan dengan tambang pulang mereke ke Malaysia dari Jeddah.
  • Disebabkan itu ramai yg telah terkeliru dan enggan keluar dari tempat tinggal dan ini telah menyukarkan proses evakuasi di sana.

2. Dato Seri Jamil Khir memaklumkan
  • Usaha-usaha kerajaan mendapat kerjasama pihak Air Asia, MAS, dan TUDM.
  • Kedutaan dan Kementerian Luar bekerja setiap masa untuk memastikan semua proses berjalan dengan lancar.

3. Di Jeddah
  • Seramai 760 pelajar sudah selamat berada di Madinatul Hijjaz Jeddah. Mereka yang mempunyai masa dokumen passport, Wisma Putra akan membantu mengeluarkan Emergency Certificate.
  • Tiada bayaran dikenakan untuk penginapan para pelajar di Madinatul Hijjaz.

4. Kesal dan jangan politikkan untuk melicinkan proses evakuasi
  • Dato Azeez kesal dengan sikap sesetengah pihak yang tidak memahami Penerbangan Ihsan.
  • Dato Seri Jamil Khir mahu semua khabar angin diberhentikan segera! Kerajaan Malaysia mahu proses evakuasi berjalan dengan lancar dan tenang.

Pesanan: Ibu Bapa pelajar di Malaysia diharap jangan mempercayai semua khabar angin.

Laporan Blogmaster Medan Info Kita dari Kedutaan Besar Malaysia di Cairo. http://medan-info-kita.blogspot.com/2011/02/urgent-dari-pejabat-kedutaan-besar.html

2 comments:

Kauthar Hassan Mohamed said...

adakah benar tambang dari jeddah ke malaysia akan ditanggung oleh kerajaan? sbb tiada statement seperti itu diatas. mohon jawapan yg jelas.

mangchikla said...

saya setuju dgn comment dr kauthar, tk. Please be explicit.

Post a Comment