» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Wednesday, February 9, 2011

Utusan 9 Februari 2011, 12.06ptg

Ops Piramid: 4 pesawat bawa lebih 1,400 warga Malaysia hari ini

2011/02/09 SEPANG: Kira-kira 7,000 pelajar dan rakyat malaysia yang dibawa keluar daripada mesir ke Jeddah menerusi Ops Piramid dijangka dibawa pulang ke Malaysia menjelang Ahad ini.

Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay, berkata sehingga semalam lebih 2,700 warga negara Malaysia sudah dibawa pulang ke tanah air di mana baki pelajar dan rakyat negara ini dijadualkan dibawa pulang menerusi penerbangan MAS dan AirAsia, hujung minggu ini.
 
"Kita yakin semua rakyat Malaysia bakal dibawa pulang selewat-lewatnya ahad ini, berikutan kejayaan membawa pulang lebih 1,429 pelajar dan rakyat tempatan yang baru tiba ke tanah air sebentar tadi," katanya selepas menyambut kepulangan kumpulan pertama hari ini seramai 357 orang yang menaiki pesawat Saudi Airlines SV6256 pada jam 7.27 pagi tadi.

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim, turut berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi menyambut pelajar dan rakyat Malaysia yang dibawa pulang menerusi Ops Piramid.

Pihak Kementerian Belia dan Sukan turut menyediakan lebih 1,000 makanan dan minuman untuk kumpulan rakyat Malaysia yang tiba dari Jeddah, hari ini.

Kumpulan kedua yang menaiki pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) bagi MH8031 tiba pada jam 7.30 pagi dengan membawa 480 penumpang.

Kohillan dan Razali ketika ini masih menunggu ketibaan dua pesawat Saudi Airlines SV 6254 dan SV838 dengan jumlah penumpang 592 yang mana masing-masing dijadualkan tiba pada jam 10.35 pagi dan 3.50 petang ini.