» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Friday, February 4, 2011

Berita BERNAMA February 04, 2011 8.49 PM

Malaysian Students From Egypt Placed At Madinatul Hujaj Transit Centre In Jeddah
From Muammar Kamarudin

JEDDAH, Feb 4 (Bernama) -- An operations room has been set up at the Madinatul Hujaj transit centre here, where Malaysian students from Egypt are being accommodated following their evacuation from the troubled country.

Malaysian Consul General in Jeddah, Datuk Mohd Hidayat Abdul Hamid, said the transit centre could accommodate 3,000 people.

"So far, more than 300 students have arrived here and more will be arriving with the expected arrival of the Mas, Air Asia and Royal Malaysian Air Force aircraft in the next few hours," he told Bernama here.

He said parents of the affected students could contact the operations room at the transit centre at telephone number 0096626301678 or 0096626726191 for more information.

Mohd Hidayat said if the need arose, the students would be placed at the Tabung Haji hostel and assured parents that their children would be well taken care of during their stay at the transit centre.

One of the students met at the centre, Eizat Rejab, 20, said they gathered at the Perlis House in Cairo before being taken by an officer from the Malaysian Embassy to the Cairo airport.

He said the first batch of students who were evacuated were from Perlis, Penang and Kelantan and majority of them were women.

It is learnt that the second group of Malaysian students who will be evacuated are from Selangor and Sarawak, said the Al-Azhar University student.

Another student, Mohd Ainur Rabbani, 19, of the University of Jordan, said he was in Egypt for a holiday and was initially doubtful that they would be able to leave the country.

It was a relief that through the action taken by the Malaysian government, we were able to leave Egypt, said Mohd Ainur, who is from Subang Jaya, Selangor.

-- BERNAMA

Pelajar Malaysia Ditempatkan Di Pusat Transit Madinatul Hujaj Di Jeddah
Daripada Muammar Kamarudin

JEDDAH, 4 Feb (Bernama) -- Sebuah bilik gerakan dibuka di pusat transit Madinatul Hujaj di sini yang menempatkan pelajar Malaysia yang dibawa keluar dari beberapa bandar di Mesir yang sedang bergolak.

Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah, Datuk Mohd Hidayat Abdul Hamid, berkata pusat transit itu mampu menempatkan 3,000 orang pada satu-satu masa.

Katanya setakat ini lebih 300 pelajar telah pun tiba di sini dan jumlah itu akan bertambah berikutan beberapa lagi penerbangan MAS, AirAsia dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dijangka tiba lewat Jumaat.

Mohd Hidayat memberitahu Bernama di sini bahawa ibu bapa pelajar yang dipindahkan ke pusat transit itu boleh menghubungi bilik gerakan di talian 009-6626-301678 atau 009-6626-726191 bagi mendapatkan maklumat lanjut.

Katanya sekiranya keadaan memerlukan, pelajar juga akan ditempatkan di Maktab Tabung Haji di sini.

Beliau berkata ibu bapa tidak perlu bimbang tentang kebajikan anak mereka ketika berada di pusat transit berkenaan.

Salah seorang pelajar yang ditemui di pusat berkenaan, Eizat Rejab, 20, berkata bahawa mereka berkumpul di Rumah Negeri Perlis di Kaherah sebelum dibawa oleh pegawai kedutaan Malaysia ke lapangan terbang Kaherah.

Beliau berkata kumpulan pertama pelajar yang dibawa masuk adalah dari Perlis, Pulau Pinang dan Kelantan dan majoritinya adalah wanita.

Kumpulan kedua pula difahamkan terdiri daripada pelajar dari Selangor dan Sarawak, katanya yang merupakan penuntut Pengajian Syariah Islami Universiti Al-Azhar Kaherah.

Mohd Ainur Rabbani, 19, penuntut Pengajian Usul Fiqh di Universiti Jordan, berkata beliau yang berada di Mesir untuk bercuti pada mulanya tidak begitu yakin akan dapat keluar dari Kaherah.

Bagaimanapun, beliau yang berasal dari Subang Jaya, Selangor, merasa lega dengan tindakan kerajaan Malaysia membawa beliau dan rakan-rakan keluar dari negara itu.

-- BERNAMA