» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Friday, February 4, 2011

Berita BERNAMA February 04, 2011 8.45 PM

Malaysia Airlines Obtains Landing Rights In Egypt, Saudi Arabia
From Mohd Hisham Abdul Rafar

JEDDAH, Feb 4 (Bernama) -- Malaysia Airlines has obtained landing rights in Egypt and Saudi Arabia until Monday as the mission to evacuate Malaysians from crisis-hit Egypt gets underway.

"The landing rights are crucial in ensuring the evacuation process running smoothly," Malaysian Airlines vice-executive president, external relations, Capt Datuk Mohd Nawawi Awang said.

He said Malaysia Airlines' close relations with airport authorities in both countries contributed to the smooth-running evacuation process.

"We are already serving the Jeddah sector and have a system in place here. However in Cairo, we have good relations with EgyptAir, which helped us in securing the rights," he told Malaysian journalists here.

Admitting that the mission was challenging, Mohd Nawawi said Malaysia Airlines was in constant contact with KL International Airport's control tower to get updates on the latest situation in Cairo.

The first group of 365 Malaysians, including a baby, was safely brought out of Egypt using Malaysia Airlines Boeing 747, he said, adding that the airlines would mount two flights today at 8am (2pm Malaysian time) and 4pm (10pm Malaysian time).

He said Malaysia Airlines was also in discussion with Wisma Putra and the National Security Council on the next phase of the evacuation -- to bring the Malaysians home.

No decision was made on the matter yet, he said.

"The important thing now is to take them out of Egypt to Jeddah," he added.

Violence broke out in major Egyptian cities including Cairo, Dumyat, Suez, Tanta, Alexandria and Mansoura over the past week to put pressure on President Hosni Mubarak to end his 30-year rule.

-- BERNAMA

MAS Dibenarkan Berlepas Dan Mendarat Di Mesir Dan Arab Saudi
Daripada Mohd Hisham Abdul Rafar

JEDDAH, 4 Feb (Bernama) -- Malaysia Airlines (MAS) mendapat kebenaran pihak berkuasa Mesir dan Arab Saudi untuk berlepas dan mendarat di lapangan terbang kedua-dua negara itu sehingga Isnin untuk misi memindahkan pelajar dan warga Malaysia dari Mesir yang sedang bergolak.

"Kebenaran ini penting bagi melicinkan proses pemindahan pelajar dan rakyat Malaysia di Kaherah, Mesir ke Jeddah," kata Naib Pengerusi Eksekutif Hubungan Luar MAS Kapt Datuk Mohd Nawawi Awang.

Chef de Mission MAS itu berkata hubungan akrab MAS dengan pihak berkuasa lapangan terbang Arab Saudi dan Mesir adalah antara faktor penyumbang kepada kelancaran proses membawa keluar warga Malaysia di Kaherah.

"MAS memang mempunyai perjalanan ke Jeddah dan kita mempunyai sistem di situ. Bagaimanapun di Kaherah, kita menjalin hubungan baik dengan EgyptAir yang turut membantu kita memperoleh kebenaran untuk mendarat dan berlepas.

"Sememangnya MAS boleh melakukan penerbangan ke mana sahaja tetapi apa yang penting ialah kebenaran untuk mendarat dan berlepas perlu ada," katanya kepada wartawan Malaysia yang meliputi misi tersebut di sini.

Mengakui misi ini agak mencabar, Mohd Nawawi bagaimanapun berkata MAS kerap berhubung dengan menara kawalan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi mendapatkan maklumat dan situasi terkini di Kaherah.

Kumpulan pertama 365 rakyat Malaysia termasuk seorang bayi berjaya dibawa keluar dari Kaherah dan tiba di Jeddah dengan pesawat Boeing 747 milik MAS.

Mohd Nawawi berkata penerbangan MAS membawa kumpulan pelajar dan warga Malaysia untuk hari ini bermula pada pukul 8 pagi waktu tempatan (2 petang waktu Malaysia) manakala penerbangan kedua pula bermula pada pukul 4 petang waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia).

Dalam pada itu, beliau berkata MAS dan pihak berkuasa Malaysia sedang berbincang tentang urusan membawa pelajar dan warga Malaysia pulang terus ke tanah air dari Jeddah.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini belum ada keputusan dibuat mengenainya.

"Apa yang penting sekarang, kita akan sedaya upaya membawa keluar pelajar dan rakyat Malaysia dari Kaherah ke Jeddah," katanya.

Pada masa ini dianggarkan terdapat 14,000 pelajar Malaysia di Mesir yang berdaftar dengan Kedutaan Malaysia di sana.

Sejak seminggu lalu, berpuluh ribu rakyat keluar ke jalan-jalan raya di Mesir mengadakan demonstrasi mendesak Presiden Hosni Mubarak yang telah memerintah negara itu selama 30 tahun, agar segera berundur.

Tunjuk perasaan berlaku di bandar-bandar besar termasuk di Kaherah, Dumyat, Suez, Tanta, Iskandariah dan Mansura.

-- BERNAMA