» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Wednesday, February 9, 2011

BLOG: Medic Mesir 9 Februari 2011, 12.36ptg

Jadual Permulaan Kuliah selepas Ops Piramid!

Salam,
Setakat hari ini, Ummi telah menghubungi Dekan semua Fakulti (perubatan, pergigian dan farmasi). Setakat ini dibawah adalah jadual permulaaan kuliah. Ini masih tertakluk kepada perubahan.

Mansoura
Program Manchester Sem 2 dan 4 akan bermula 1hb Mac 2011
Sem yang lain akan bermula 19hb Feb 2011
Program dan Regular belum ada kepastian

Alexandria University
Perubatan dan Pergigian akan bermula 5hb Mac 2011

AlAzhar University
Perubatan dan Pergigian akan bermula 1hb Mac 2011

Tanta University
Perubatan dan Pergigian akan bermula 8hb Mac 2011

Zagazig University
Perubatan dan Farmasi akan bermula 1hb Mac 2011

Sungguhpun ini tarikh tentatif yang telah diputuskan oleh Universiti setakat ini, namun, pada hakikatnya, kita semua perlu akur dengan keputusan dari kerajaan Malaysia mengenai tarikh yang selamat untuk semua pelajar pulang ke Mesir. Kita perlu faham, Universiti agak kelihatan tergesa-gesa memulakan kuliah kerana agak 'panic' dengan pelan evakuasi secara besar-besaran oleh kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun pada 20hb Februari 2011, Ummi secara peribadi akan ke Mesir untuk meninjau keadaan semasa dan akan memberi komen selanjutnya hasil dari scenario lawatan tersebut. (Doakan Ummi OK!)

Teruskan berdoa. Semoga Allah swt memberi kemudahan didalam segala urusan kita. Ameen Ya RAb!



Salam sayang,
UmmiMM

Sumber dari http://www.medicmesir.com/