» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Wednesday, February 9, 2011

Berita Harian 9 Februari 2011, 12.31ptg

'Kos Operasi Piramid RM30 juta'
Oleh Faiza Zainudin
faiza@bharian.com.my
2011/02/07


 
REAKSI gembira dan terharu pelajar Malaysia di Pusat Transit Tabung Haji Madinatul Hujjjaj, Jeddah, semalam selepas diberitahu akan dibawa pulang ke Malaysia.

 
RAHMAH Abdul Wahab, 70, memeluk cucunya Nur Ain Bashariah, 21, yang selamat tiba di KLIA dengan menaiki pesawat Saudi Airlines semalam.

Rakyat Malaysia terutama pelajar hargai usaha kerajaan: Kohilan

KUALA LUMPUR: Usaha membawa pulang lebih 9,000 rakyat Malaysia di Mesir membabitkan kos operasi lebih RM30 juta yang ditanggung sepenuhnya kerajaan selain tanggung jawab sosial korporat syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia.
Timbalan Menteri Luar, Senator A Kohilan Pillay, berkata kos itu tidak termasuk peruntukan penginapan, pengangkutan, makan, minum dan lain-lain kos yang perlu ditanggung bagi memastikan kebajikan serta keselamatan pelajar sepanjang misi berkenaan terpelihara.

“Pembangkang cakap senang (dakwa kerajaan tidak ada wang membiayai usaha membawa rakyat Malaysia pulang dari Mesir), kos operasi saja paling kurang RM30 juta, tidak termasuk cukai lapangan terbang, pengendalian pesawat di lapangan terbang, kos bahan api, makan, minum, penginapan dan pengangkutan.

“Saya fikir kalau dicampur semua lebih RM30 juta, bagaimana pun kos rasmi kita akan tahu selepas operasi menyelamat ini selesai,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perasaan kesal Perdana Menteri terhadap dakwaan kononnya kerajaan tidak mempunyai wang bagi membiayai usaha membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir.

Datuk Seri Najib Razak kelmarin menyifatkan dakwaan itu sebagai pembohongan dan fitnah besar dari pihak tidak bertanggungjawab yang cuba mempolitik isu itu bagi mengelirukan rakyat.
Mengulas lanjut, Kohilan berkata maklum balas yang diperoleh pihaknya sepanjang operasi menyelamat di Mesir mendapati rakyat Malaysia terutama pelajar memahami dan menghargai usaha kerajaan membantu mereka.

“Mereka yang berada di sana faham situasi yang dilalui kerajaan untuk membantu mereka, bagaimana kesukaran untuk menyampaikan maklumat, penyediaan makanan dan pengangkutan.

“Ramai yang faham dan berterima kasih kepada kerajaan.

“Mereka berpuas hati dan melihat sendiri kesungguhan kerajaan membantu kerana ramai rakan dari negara lain tidak dapat keluar dari Mesir kerana pelbagai masalah termasuk kerenah birokrasi,” katanya.