46 orang pelajar Sabah di Mesir dijangka tiba pada pukul 8.40 pagi hari ini. Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman memaklumkan penerbangan pulang itu diuruskan oleh kerajaan negeri dan kerjasama kedutaan Malaysia di Kaherah.
Pelajar Sabah yang masih berada di Mesir akan dibawah pulang berperingkat-peringkat. Jumlah Pelajar Sabah dan ahli keluarga yang berada di Mesir ialah seramai 311 orang dengan 280 orang berada di Kaherah dan 31 orang di Iskandariah.