» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Sunday, February 6, 2011

Majlis Keselamatan Negara & Wisma Putra Berusaha Membawa Pulang Pelajar

Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata pihaknya sedang gigih mengeluarkan 9000 pelajar Malaysia di Mesir.

MKN dan Kementerian Luar Negara akan berusaha menyelesaikan evakuasi tengah hari ini. Bagaimanapun kelewatan mungkin berlaku jika pemindahan itu mengalami masalah birokrasi, cuaca buruk dan kebenaran berlepas yang lewat oleh pihak berkuasa lapangan terbang di sini.

Beliau berkata sekira pemindahan keluar pelajar-pelajar dalam tempoh empat hari berjaya, ia merupakan kejayaan bagi Malaysia melindungi keselamatan rakyat di luar negara. Kejayaan ini juga dicapai atas kerjasama yang diberi Air Asia, MAS, dan TUDM.

Persoalan mengapa pelajar tidak dibawa pulang terus dari Kaherah ke Malaysia, adalah kerana keselamatan (nyawa) para pelajar Malaysia lebih penting.