Pengalaman Wartawan Agendanews telah dikongsikan dengan Sekretariat KULN melalui Encik Shariff hamid:
- 16 wartawan Malaysia menaiki van malam tadi melalui pengalam ngeri (lebih kurang 2 jam 30 minit yang lalu). Mereka melalui 30 sekatan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ke hotel. Ini disebabkan van yang mereka naiki terpisah daripada konvoi Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).
- Wartawan Agendanews memberitahu, sekatan-sekatan yang dilakukan oleh orang awam di jalan-jalan antara lain membawa pisau, berperwatakan bengis dan pelbagai aksi menakutkan. Oleh yang demikian kumpulan wartawan ini terpaksa melalui jalan-jalan kecil untuk ke hotel.