» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Saturday, February 5, 2011

Laporan Akhbar

Pelajar hanya dibenar kembali ke Mesir selepas krisis berakhir

TEMERLOH: Pelajar Malaysia hanya akan dibenarkan kembali ke Mesir bagi meneruskan pengajian mereka selepas kerajaan memastikan keadaan benar-benar pulih.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah (gambar), berkata perkara itu mungkin tidak dapat dilakukan dalam masa terdekat kerana keadaan di sana tidak menentu.
"Ketika ini kerajaan sedang memantau setiap masa melalui kedutaan dan pegawai sebelum menghantar semula pelajar ke sana.
"Lagipun universiti di negara terbabit telah memberi cuti panjang tiga hingga enam bulan kepada pelajar berikutan pergolakan yang sedang berlaku," katanya kepada pemberita, di sini Sabtu.