» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Saturday, February 5, 2011

Laporan Terkini - 5.2.2011 (6.30pm)

Sekretariat berjaya menghubungi Dato' Seri Shahidan Kassim yang kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah. Beliau amat berbangga dengan perjalanan Ops Piramid yang disifatkan beliau sebagai teratur, lancar dan sistematik. Makanan mencukupi dan beliau menggalakkan pelajar-pelajar agar berpuasa sunat. Tiada keperluan untuk membawa bekalan makanan, cuma wang tunai sahaja yang perlu disediakan bagi membeli makanan dan minuman di Kaherah.

Selain itu, tenaga sukarelawan agak terhad. Mereka bertugas sepanjang 24 jam dan tidak mempunyai rehat yang mencukupi. Justeru beliau meminta tambahan tenaga sukarelawan jika difikirkan perlu. Dengan hanya berbaki 3 hari sahaja beliau memohon kerjasama pelbagai pihak di Mesir agar memberi kerjasama dalam menjayakan proses pemindahan ini. Beliau turut menegaskan semua perbelanjaan Kaherah-Jeddah-Kuala Lumpur adalah PERCUMA.

Beliau bersama seorang dari Media UMNO dan 3 wartawan Astro Awani, menjangkakan  90% rakyat Malaysia akan pulang ke tanah air samada menerusi penerbangan ihsan ini mahupun persendirian. Baki 10% rakyat Malaysia yang rata-rata bukan pelajar yang berhasrat tinggal di sana, nasihat beliau agar turut pulang kerana keadaan masih tidak selamat di seluruh Mesir.

Beliau juga merakamkan setinggi penghargaan kepada Perdana Menteri, YAB Dato' Sri Najib Tun Razak atas sokongan tidak berbelah bagi dalam menjayakan penerbangan ihsan. Sambil berseloroh, beliau meminjam kata-kata pelajar kita di Kaherah, "Kami tabik spring kepada PM, terima kasih YAB Dato' Sri Najib".