» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Thursday, February 3, 2011

Laporan Terkini Dari BERNAMA - 03 Februari, 2011 20:41 PM

TUDM Masih Tunggu Kelulusan Arab Saudi Untuk Masuk Ke Jeddah
Daripada Muammar Kamarudin

ABU DHABI, 3 Feb (Bernama) -- Pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM)yang kini berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Abu Dhabi, masih menunggu kelulusan daripada kerajaan Arab Saudi untuk masuk ke Jeddah, kata Timbalan Komander misi menyelamat Kolonel Dzulkarnain Ahmad.

Pasukan itu yang berlepas dengan tiga buah pesawat C130 Hercules dari Pangkalan TUDM Subang pukul 9.30 malam hari Rabu, tiba di Abu Dhabi kira-kira pukul 12 tengah hari, waktu Malaysia.

Misi itu disertai 180 orang terdiri daripada 150 anggota tentera dan selebihnya ialah wakil dari Majlis Keselamatan Negara (MKN), pegawai Wisma Putra, media dan Lembaga Urusan Tabung Haji.

Misi berkenaan turut membawa bekalan makanan dan akan membawa keluar rakyat Malaysia dari Kaherah, Mesir untuk dibawa ke Jeddah.

Ia dilancarkan berikutan pergolakan politik di Mesir yang menimbulkan keadaan huru-hara kerana berlakunya demonstrasi jalanan selain rusuhan oleh rakyat negara itu.

Dilaporkan terdapat kira-kira 11,000 rakyat Malaysia di Mesir dan daripada jumlah tersebut 7,000 adalah pelajar.

-- BERNAMA