» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Thursday, February 3, 2011

Laporan Terkini Dari BERNAMA - 03 Februari, 2011 19:52 PM

Kumpulan Pertama Pelajar Malaysia Di Mesir Tiba Di Jeddah Tengah Malam
KOTA KINABALU, 3 Feb (Bernama) -- Dua penerbangan pertama -- Malaysia Airlines dan AirAsia -- membawa kira-kira 600 pelajar Malaysia yang menunggu untuk dipindahkan dari Kaherah, Mesir, dijangka tiba di Jeddah, Arab Saudi menjelang tengah malam.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata pesawat Boeing 747 Malaysia Airlines dan A340 AirAsia berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur awal hari ini menuju ke Kaherah.

"Sebaik sahaja kedua-dua pesawat ini tiba di sana, kami akan uruskan penerbangan membawa keluar kumpulan pertama pelajar Malaysia dan kami harap, jika semuanya berjalan lancar, mereka akan tiba di Jeddah menjelang tengah malam ini," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Anifah berkata tiga pesawat pengangkut C-130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), yang berlepas ke Jeddah semalam, akan memulakan penerbangan membawa keluar pelajar Malaysia dari Mesir Jumaat pagi.

"Ketiga-tiga pesawat ini perlu rehat selama 24 jam sebelum meneruskan aktiviti penerbangan biasa.

"Itulah sebabnya pesawat ini hanya boleh memulakan perkhidmatan ulang-alik pada Jumaat. Keseluruhannya, tiga pesawat TUDM itu boleh membawa sehingga 750 penumpang," katanya.

Anifah berkata Kedutaan Malaysia di Mesir bekerja sepanjang masa untuk memastikan misi membawa pulang pelajar Malaysia dari negara bergolak itu berjalan lancar.

Beliau berkata keadaan adalah terkawal, terutamanya di kawasan berhampiran pejabat Kedutaan Malaysia di Mesir, yang terletak jauh dari Tahrir Square, Kaherah, yang dilanda konflik itu.

Anifah berkata beliau akan memantau rapi keadaan semasa dan proses pemindahan rakyat Malaysia dari negara berkenaan.

-- BERNAMA