» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Friday, February 4, 2011

Laporan Terkini dari Cairo - blog "Medan Info Kita" - 4.2.2011 (7.16pagi)

Ada pihak menghasut segelintir pelajar jangan naik penerbangan ke Jeddah?

Itulah berita yang diterima dari delegasi yang tiba di Cairo untuk membantu memberi bantuan dan membantu proses memindahkan para pelajar dari kekalutan yang berlaku sejak beberapa hari.
Berulang kali pihak delegasi seperti Dato Seri Khir Johari, Presiden Kelab Putera 1 Malaysia Dato Azeez dan Timbalan Menteri Luar, Kohilan Pillay terpaksa yakinkan pelajar pelajar kita bahawa semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, termasuklah bayaran airport tax....
Artikel asal

Panas Dari Cairo..!! PAS Cuba Hasut Pelajar Pelajar Malaysia Jangan Naik Penerbangan Ke Jeddah..??

YB Senator Dato Seri Jamil Khir Baharom tiba di Mesir untuk membantu proses pemindahan pelajar.

Angkara siapa..?? Pinjam kata kata Nabil.., "lu pikir laa sendiri..!! "

Untuk dikongsi bersama, tatkala delegasi sukarelawan bersama blogger dan rakan rakan media sedang bertungkus lumus mahu segera selesaikan proses membawa keluar pelajar pelajar Malaysia untuk diterbangkan ke Jeddah selepas itu akan dibawa pulang ketanahair, tersebar pula berita menerusi sms palsu... "jangan naik pesawat ke Jeddah, sebab dari Jeddah nak balik ke Msia kamu kena tanggung sendiri tambangnya.."

Waduuhh..!!! Kami sudahlah keletihan mengharungi 11 jam penerbangan,.. sebaik sahaja mendarat di Cairo International Airport terus bertugas membantu anak anak kelahiran Malaysia, tiba tiba ada pula pihak tidak bertanggungjawab cuba menggagalkan usaha murni yang diarahkan oleh YAB Perdana Menteri kita!

Berulang kali pihak delegasi seperti Dato Seri Khir Johari, Presiden Kelab Putera 1 Malaysia Dato Azeez dan Timbalan Menteri Luar, Kohilan Pillay terpaksa yakinkan pelajar pelajar kita bahawa semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan, termasuklah bayaran airport tax....

 
Tujuan sebenar mereka perlu dibawa ke Jeddah sebagai transit untuk mendapat rehat yang secukupnya, mendapat sajian makanan yang berzat, kerana sudah hampir seminggu keadaan mereka tidak terurus, maklumlah melalui kesukaran dalam situasi darurat...

Sumbangan murni pihak Lembaga Urusan Tabung Haji menyediakan tempat persinggahan di Madinatul Hijjaz Jeddah, harus kita sanjung tinggi.., malah CEO LUTH, Datuk Ismee Ismail turut sertai delegasi ini.

 
Marilah kita sama sama memanjatkan doa kehadrat Allah swt agar semuanya akan berjalan dengan lancar. Kita mahu pastikan kesemua pelajar pelajar anak Malaysia berjaya di bawa keluar sebelum waktu solat Jumaat kerana petang nanti dijadualkan kumpulan Anti Hosni Mubarak mengadakan Demonstrasi besar besaran dikhuatiri keadaan akan bertambah buruk..!

Sehingga saat laporan ini disediakan, proses membawa pelajar pelajar Malaysia keluar sedang berjalan dengan baik. Sekali lagi Blogmaster Medan Info Kita mohon sahabat sahabat blogger maklumkan kepada ibu bapa pelajar pelajar yang berada ditanahair agar bersabar dan jangan mempercayai fitnah PAS kerana sudah ada pelajar pelajar yang enggan keluar dari tempat tinggal mereka bimbang nanti tidak punyai wang untuk terbang pulang dari Jeddah...
sumber dari http://medan-info-kita.blogspot.com/

4 comments:

fatimah said...

"jangan naik pesawat ke Jeddah, sebab dari Jeddah nak balik ke Msia kamu kena tanggung sendiri tambangnya.."
apa yg saya tahu drp statement ini ialah, sekiranya ada pelajar yg mahu segera pulang ke M'sia blh berbuat demikian sebaik shj tiba di Jeddah dgn menggunakan perbelanjaan sendiri.
Sekiranya ingin bersama kerajaan, tarikh sebenar utk dibawa pulang belum ditentukan dan segala kos ditanggung kerajaan.
So, dkt sini ada 2 pilihan. kalo nk cepat balik, beli tiket sendiri guna duit sendiri.
kalo nk free, lambat sket kena tgu tarikh yg akan diumumkan kerajaan.
jd, jgn lah ada pihak cuba putar belit statement tu lagi yer..statement tu tak abes..
bantulah kerajaan dan sukarelawan yg lain..

jgn 'menyesakkan' situasi lagi..org dh tolong, bersyukurlah sket..kalo xnak ikut pindah ke jeddah, ape2hal nnti sape tanggung??student juga..

ada org pas tu nk bawak balik student2 tu ke??

jgn menyibuk keje org..dh la x menolong, menyusahkan org pulak..hidup kalo x menyusahkan org lain boleh tak?? (nie ayat yg sedikit kasar utk org yg x paham bahasa)

::ibnulislam:: said...

Jika benar apa yang dikatakan saudari, saya dan seluruh ibu bapa di Malaysia mohon pihak kerajaan/ DS Najib atau sesiapa sahaja yang berkuasa untuk mengeluarkan Kenyataan Bertulis yang Rasmi berkenaan penghantaran pulang rakyat Malaysia dari Jeddah. Kata2 saudari hanyalah sebagai kata2 kerana terdapat pelajar Malaysia yang menelefon Kedutaan Malaysia di Kaherah dan dinyatakan oleh pihak kedutaan bahawa perjalanan pulang dari Jeddah ke Malaysia adalah dalam tanggunggan pelajar sendiri.

Jadi cara terbaik, seeloknya dikeluarkan Kenyataan Bertulis Rasmi dari pihak berwajib yang pastinya akan menutup segala spekulasi dari pelbagai pihak terutamanya Ibu Bapa dan waris Pelajar. Saya ada mohon penjelasan berkenaan ini tetapi masih tiada jawapan dari pihak terbabit.

Terima Kasih.
Abdul Hakim Mohamad Anuar

nrl_aj said...

Salam
Dari berita yang dipaparkan di malaysia mengatakan bekalan makanan telah diterbangkan untuk diagihkan kepada rakyat kita di mesir.
Persoalan dan kekeliruannya sekarang kenapa adik saya yang kini berada di Asrama Melayu Abbasiyah (ARMA,Cairo) masih perlu membayar sebanyak 3.50 (saya lupa untuk bertanya samada RM atau genih) bagi sepinggan nasi goreng.
Mohon pihak bertugas memandang serius hal ini, kerana buat makluman mereka disana hanya mempunyai duit yang cukup2 sahaja.

Seketeriat Kelab UMNO Luar Negara said...

SIDANG MEDIA KHAS DI PEJABAT KEDUTAAN BESAR MALAYSIA DI CAIRO

http://kuln-krisis-mesir.blogspot.com/2011/02/sidang-media-khas-di-pejabat-kedutaan.html

Post a Comment