Evakuasi dalam misi "Ops Piramid" di Mesir berhadapan dengan kekangan perintah berkurung
Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay berkata proses evakuasi bertambah rumit. Ini kerana perintah berkurung sebelum ini bermula daril pukul 4 petang hingga 8 pagi keesokannya telah bertukar kepada 1 petang.
"Kita terpaksa bergerak cepat untuk memastikan ramai pelajar dan rakyat kita (Malaysia) dapat dipindahkan kerana waktu yang ada begitu terhad dan ketika itulah kita nak bawa semuanya ke lapangan terbang,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini."
Kohilan berkata, operasi hari ini akan mula bergerak ke kawasan luar Kaherah - Iskandariah, Mansura, Tanta, Zagazig serta daerah-daerah lain.
-- Sumber dari Utusan
Kami pihak Seketeriat UMNO Luar Negara mendoakan proses evakuasi rakyat dan para pelajar Malaysia di sana dapat disempurnakan dengan lancar.