Laporan terkini dari Jeddah, Konsul Jeneral Malaysia di Jeddah Datuk Mohd Hidayat Abdul Hamid memberitahu kumpulan pelajar Malaysia yang telah berjaya dibawa keluar ke Jeddah akan dihantar pulang secara berperingkat-peringkat ke Malaysia bermula hari ini.
Keutamaan akan diberi kepada pasangan suami isteri yang mempunyai anak kecil, mereka yang uzur, wanita dan yang sakit.
"Buat masa ini, keutamaan kita (ialah) pada mereka yang uzur dan yang memerlukan perhatian yang sewajarnya. Kita akan mengambil tindakan yang sebaik mungkin untuk memastikan kebajikan pelajar yang ada anak kecil (dan) uzur akan dihantar pulang dengan segera.
"InsyaAllah akan bermula esok (Sabtu) penghantaran pulang pelajar ke Malaysia," katanya kepada wartawan Malaysia di sini pada Jumaat.
Semua pelajar yang tiba di Jeddah telah ditempatkan di pusat transit Madinatul Hujaj. Keadaan mereka di sana baik dan selamat.
Ibu bapa dan keluarga pelajar diharap bersabar menunggu kepulangan anak masing-masing.
sumber dari BERNAMA