Followers
Saturday, February 5, 2011
Temubual:Bersama pelajar tahun ke-3 Perubatan
(En Shariff sedang menemubual Saudara Fahmi)
4 Jan 2011-Seorang pelajar perubatan Tanta University,Saudara Zulfahmi Haron selamat tiba di tanah air dengan pesawat Oman Air.Semasa pertemuan beliau dengan Setiausaha KULN,En Shariff Hamid di KLIA beliau menceritakan segala apa yang berlaku di mesir.
Menurut beliau memang kedengaran sekali sekala bunyi tembakan di luar tetapi bukannya bunyi berbalas tembakan.Mungkin ini adalah tindakan provokasi oleh pihak polis mesir untuk menakutkan rakyat apabila pasukan polis dimansuhkan di bawah perintah darurat.Tempat beliau,Tanta adalah di antara bandar yang selamat kerana rusuhan di sini,Hanya ada beberapa tunjuk perasaan kecil kecilan.Beliau tidak menolak banyak tindakan provokasi dan menakut-nakutkan rakyat oleh kerajaan Mesir yang mengeruhkan keadaan,bukannya tunjuk perasaan oleh rakyat
"Yang menjadi masalah yang paling berat bagi kami adalah masalah tidak ada wang kerana hampir semua bank ditutup dan mesin ATM kehabisan wang".Harga makanan melambung tinggi dan stok makanan yang amat terhad membuakan beliau tekad untuk pulang ke Malaysia.
Keseluruhan pelajar Malaysia berada dalam keadaan selamat dengan penyelarasan bantuan dan pergerakkan oleh pihak KBM Mesir.Dalam pertemuan itu juga, En Shariff mempelawa beliau berkerjasama dengan pihak seketeriat untutk menyalurkan apa-apa maklumat kepada pihak kami.
Temubual:Bersama pelajar tahun ke-3 Perubatan
2011-02-05T09:43:00+08:00
perantau
Subscribe to:
Post Comments (Atom)