» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Sunday, February 6, 2011

Perdana Menteri Memberi Jaminan Perbelanjaan Pulang sepenuhnya oleh Kerajaan.. Jangan politikkan, lebih baik bantu kerajaan untuk keselamatan rakyat semua

Datuk Seri Najib Tun Razak telah memberi jaminan tentang kos perbelanjaan pulang pelajar Malaysia di Mesir. Beliau akan merujuk dan berurusan pihak terlibat dalam Operasi Piramid - Tabung Haji, Malaysia Airlines (MAS) dan Air Asia mengenai perkara ini.

Ibu bapa tidak perlu menanggung belanja anak-anak mereka pulang ke tanah air.. melainkan mereka yang sudah menempah tiket sendiri tidak akan dibayar balik.

Perdana Menteri berkata kerajaan sudah mempunyai jumlah kasar kos operasi membawa pulang pelajar tetapi akan berbincang lagi dengan pihak yang terbabit.

Apa yang penting, Putera Raja Arab Saudi telah memberi sumbangan menyediakan penerbangan pulang. Ini telah mengurangkan perbelanjaan Kerajaan.

Perdana Menteri mengucapkan penghargaan kepada Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Turki Abdullah Al Saud kerana sudi membiayai dua penerbangan menggunakan pesawat jumbo boeing 747 untuk membawa pulang pelajar Malaysia dari Jeddah ke Kuala Lumpur.

Kerajaan juga mengucapkan terima kasih kepada Raja Arab Saudi kerana membenarkan penggunaan ruang udara dan pendaratan pesawat Malaysia di Jeddah.
"Saya menjangkakan bahawa urusan ini hampir selesai... selepas hari ini dan esok, ada sedikit lagi (pelajar) tapi kita akan teruskan sehingga semua rakyat Malaysia tak kira pelajar, mereka yang bermaustautin, yang berniaga dan juga pelawat dapat keluar dari Mesir," katanya.
Usaha ini merupakan kejayaan kerajaan dalam melaksanakan konsep 'Hanruh' iaitu pertahanan menyeluruh mengembleng peranan aktif semua pihak.
"Di mana apabila ada sesuatu ancaman kepada rakyat Malaysia yang membabitkan penugasan yang besar seperti ini, kerajaan perlu menggunakan aset sesiapapun, tidak mengira kerajaan atau swasta dalam operasi menyelamat," jelasnya. "Asalkan aset itu boleh digunakan untuk tujuan operasi ini.
Aset yang dimaksudkan Tentera Udara Diraja Malaysia, Malaysia Airlines, Tabung Haji, dan Air Asia.

Beliau juga menegaskan parti pembangkang tidak sepatut mempolitikkan dan menyebarkan berita tidak betul. Lebih baik membantu kerajaan untuk keselamatan rakyat semua.
"Tak perlu politikkan soal ini. Orang hijau ke orang biru ke, bulan ke bintang ke semua kita bantu bawa balik mereka dengan selamat. Tak payah politikkan dan (tak perlu) sebar cerita yang tidak betul," katanya.