» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Wednesday, February 9, 2011

Sambung pengajian di universiti lain atau ambil peperiksaan di Malaysia

Pilihan bagi pelajar kita
Oleh Syuhada Choo Abdullah, Magendran Rajagopal dan Haika Khazi
bhnews@bharian.com.my
2011/02/08

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama menyambut ketibaan kumpulan pertama 778 pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir menerusi Jeddah dengan pesawat sewa khas Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), semalam.

# Ambil periksa di Malaysia
# Sambung pengajian di universiti lain


SEPANG: Kerajaan sedang mempertimbangkan beberapa pilihan untuk membantu pelajar Malaysia yang terpaksa pulang ke tanah air berikutan pergolakan di Mesir, termasuk mendapatkan kebenaran mereka menduduki peperiksaan, di negara ini. Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata pihaknya akan menghubungi universiti terbabit di Mesir dalam tempoh terdekat bagi membincangkan masa depan pelajar yang terbantut pengajiannya akibat krisis di negara itu.Perbincangan itu juga akan merangkumi kemungkinan membenarkan penuntut berkenaan menyambung pengajian di universiti lain, kedudukan cuti dan kelonggaran jadual peperiksaan.

“Kebiasaannya, kebanyakan universiti di Mesir mengadakan peperiksaan masing-masing sebaik semester baru bermula, iaitu 12 Februari ini. Jika universiti terbabit bersedia, kementerian sanggup mengaturkan supaya pelajar kita boleh menduduki peperiksaan di universiti tertentu di sini,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, menyambut ketibaan kumpulan pertama 778 pelajar Malaysia yang dibawa pulang dari Mesir menerusi Jeddah dengan pesawat sewa khas Penerbangan Malaysia (MAS) dan AirAsia di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, semalam.

Hadir sama, Datin Seri Rosmah Mansor; Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom; Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Choo Ha serta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.





Mohamed Khaled berkata, setakat ini kira-kira 1,200 pelajar perubatan dari Universiti al-Azhar dan Universiti Tanta perlu menduduki peperiksaan pada 12 Februari ini.

Mengenai perkara sama, Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi (JPT), Prof Dr Rujhan Mustafa, berkata pihaknya masih dalam perbincangan dengan pelbagai pihak termasuk penaja seperti MARA, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Petronas dan akan cuba diselesaikan dalam tempoh terdekat.

“Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Mesir akan menghubungi dan berunding dengan universiti di sana mengenai kedudukan cuti dan peperiksaan pelajar kita. Ada banyak kemungkinan untuk menyelesaikan perkara berbangkit, tetapi semua perlu dirundingkan terlebih dulu.

“Kita masih bimbang keadaan di sana kerana kebanyakan pelajar Malaysia tinggal di luar kampus. Oleh itu, jalan terbaik ketika ini ialah membawa mereka balik ke Malaysia demi keselamatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Ketua Pengarah MARA, Ibrahim Ahmad, ketika dihubungi pula berkata pihaknya sudah ada beberapa perancangan untuk memastikan pelajar tajaan MARA dapat terus belajar dan menamatkan pengajian mereka.

“Pelajar tajaan MARA di Mesir yang sudah pulang ke Malaysia diminta melaporkan diri melalui portal www.mara.gov.my, hotline: 03-2693 6666, 03-2694 3366 dan 03-2694 6622 dari jam 8 pagi hingga 11 malam, atau talian mudah alih 24 jam: 019-264 6253, 019-388 3121 dan 019-257 8207. Ini penting untuk membolehkan MARA mengetahui perkembangan dan menyalurkan maklumat kepada mereka,” katanya.

Ketua Pengarah JPA, Datuk Seri Abu Bakar Abdullah berkata, jabatan itu akur kepada sebarang keputusan yang akan ditetapkan kerajaan berhubung kedudukan pelajar tajaannya di Mesir.

“JPA menaja 981 pelajar dalam bidang perubatan dan pergigian di Mesir meliputi 607 melalui pembiayaan biasiswa dan 374 lagi secara pinjaman. Kebanyakan mereka diberi cuti antara satu sehingga satu setengah bulan oleh universiti masing-masing,” katanya.