» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Friday, February 4, 2011

Terkini Dari Cairo

Berita terkini diterima dari Cairo nampaknya pihak seketeriat di sana sedang bertukus-lumus membantu proses evakuasi oleh pihak Kerajaan Malaysia.

Tetapi masih ada pihak yg masih cuba memperlahankan proses tersebut dengan menyebarkan berita-berita palsu berkenaan tambang pulang.
Ketua Delegasi, Senator Yb Dato Seri Haji Jamil Khir Baharom masih menerima sms dari Malaysia yang bertanyakan apakah benar pelajar pelajar akan dibiarkan sahaja di Jeddah sekiranya mereka tidak punyai wang untuk membayar tambang pulang ke tanahair..?

Siapakah mereka, mengapa mereka menabur cerita-cerita begini, sampai bencana luar negara mereka sanggup politikkan.

Walhal pegawai-pegawai Kerajaan Malaysia dan sukarelawan sedang cuba melakukan yang terbaik untuk membawa keluar semua rakyat Malaysia di Mesir.

gambar-gambar yg diambil oleh Blogmaster http://medan-info-kita.blogspot.com/

 Datuk Tajuddin Abdul Wahab dari Majlis Keselamatan Negara [MKN]
 
Dato Azeez memberikan pesanan kepada pelajar pelajar Malaysia yang sedang menuju masuk ke Departure Hall untuk ke Jeddah..


Wakil wakil dari Perseketuan Melayu Republik Arab Mesir [PMRAM] ditenangkan oleh salah seorang Sukarelawan. PMRAM masih tidak yakin dengan semua "arrangment" pihak kerajaan Malaysia yang akan membawa pulang pelajar pelajar kita ke tanahair..... Syabas Sdra Anuwar @ Arab..!!

2 comments:

matinul khuluq said...

"Malaysian students are being evacuated from strife-torn Egypt to Jeddah by the federal government at no cost, said Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Jamil Khir Baharom". that statement above only state thats there is no cost students need to pay for trip Egypt to Jeddah only,not include Jeddah to Malaysia or Jeddah to Egypt.

Unknown said...

Jeddah-KL also FREE.

Post a Comment