» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Friday, February 4, 2011

Berita BERNAMA February 04, 2011 10.08 PM

Sabah Tubuh Urusetia Khas Bagi Selaras Urusan Bawa Pulang 314 Pelajar Negeri Itu
KOTA KINABALU, 4 Feb (Bernama) -- Kerajaan negeri Sabah telah menubuhkan sebuah urusetia khas bagi menyelaras usaha membawa pulang pelajar Sabah yang terperangkap dalam pergolakan politik di Mesir.

Urusetia tersebut itu diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Sukarti Wakiman, dan akan beroperasi sehingga semua 314 pelajar Sabah dibawa pulang ke tanah air.

"Semua pelajar berkenaan akan dibawa pulang secara berperingkat tertakluk kepada jadual penerbangan yang diuruskan oleh kerajaan," kata Sukarti dalam kenyataan.

Katanya ibu bapa dan ahli keluarga boleh mendapatkan maklumat daripada pegawai urusetia khas dengan menghubungi Datuk Nordin Siman di talian 019-8620993, Datuk Amri A Suratman (019-8815854), Mohd Zaratkhan Abd Rahman (012-8023107), Darus Nasir (012-8325400) dan Pusat Zakat Sabah di talian 088-240160.

Menurutnya, talian Pusat Zakat Sabah dibuka pada waktu pejabat hari Isnin hingga Jumaat dan mulai pukul 9 pagi hingga 8 malam (Sabtu dan Ahad).

-- BERNAMA