» Update: Senarai pelajar yang tiba di Jeddah & Malaysia «

Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Followers

Tuesday, March 1, 2011

Informasi Visa di Mesir

Tips pelajar hadir semula ke Mesir; Tidak perlu ke Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur utk dapatkan visa, tetapi terus sahaja ke Mesir dan dapat visa pelancong (2 Minggu - VOA), kemudian bagi pelajar yang dah ada tasdiq kuliah, boleh buat visa pelajar selepas tu. Bagi yang belum ada, boleh dapatkan surat 'itizar. Utk pelajar baru, 3 universiti telah dapat muwafaqah iaitu Al-Azhar, Ain Shams dan Kaherah. Sekian dimaklumkan.

Daripada:

Ustaz Khairi Jallauddin
Atase Pendidikan
Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah

Saturday, February 26, 2011

HASIL RUNDINGAN ANTARA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DENGAN UNIVERSITI - UNIVERSITI DI MESIR

25/02/2011

BIL.
UNIVERSITI
PROGRAM
PERINGKAT PENGAJIAN
TAHUN PENGAJIAN
TARIKH MULA PENGAJIAN
1.
Iskandariah
Perubatan (program Konvensional dan International Intergrated)

Pra klinikal

1, 2 dan 3

26 Mac 2011

Klinikal
4,5 dan 6
19 Mac 2011

Pergigian

Pra klinikal
(tiada pelajar klinikal)

1 dan 2
2 April 2011

Farmasi

-

1 dan 2
17 Mac 2011
2.
Mansurah
Perubatan (program Konvensional dan Mansurah Manchester)

Pra klinikal
1, 2 dan 3
19 Mac 2011

Klinikal
4,5 dan 6
15 Mac 2011


Pergigian
Pra klinikal
Semua tahun
 (1, 2, 3, 4 dan 5)
19 Mac 2011
Klinikal

Farmasi

-

Semua tahun
19 Mac 2011
3.
Tanta
Perubatan

Pra klinikal
Semua tahun
(1, 2, 3, 4,5 dan 6)
15 Mac 2011

Klinikal

Pergigian

Pra klinikal
Semua tahun
 (1, 2, 3, 4 dan 5)
15 Mac 2011

Klinikal
4.
Zagazig

Perubatan

Pra klinikal
Semua tahun
(1, 2, 3, 4,5 dan 6)
15 Mac 2011

Klinikal

Farmasi

-

Semua tahun
15 Mac 2011
5.
Kaherah

Perubatan

Pra klinikal
Semua tahun
(1, 2, 3, 4,5 dan 6)
12 Mac 2011

Klinikal
6.
Ain Shams

Perubatan

Pra klinikal
Semua tahun
(1, 2, 3, 4, 5 dan 6)
15 Mac 2011

Klinikal
7. Al-Azhar
Perubatan

Pra Klinikal
Semua tahun
(1, 2, 3, 4, 5 dan 6)
15 Mac 2011

Klinikal
Pergigian

Pra dental (Perempuan Sahaja)
-
12 Mac 2011

Pra Klinikal
Tahun 1 sahaja
15 Mac 2011

Klinikal
Tiada pelajar
-
Pengajian Islam
Semua tahun termasuk matrikulasi dan kelas persediaan bahasa
Pelajar diminta mendaftar semula selewat-lewatnya 8 APRIL 2011
Data dikemas kini sehingga 25 Februari 2011. Tertakluk pada pindaan.

http://jpt.mohe.gov.my/mesir/news5.php 

HASIL RUNDINGAN ANTARA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DENGAN UNIVERSITI TANTA

24/02/2011
UNIVERSITI TANTA
PROGRAM
TAHUN
 MULA KULIAH
 SEMUA
 1,2,3,4,5&6
 15 Mac 2011
Data dikemas kini sehingga 24 Februari 2011. Tertakluk pada pindaan.

HASIL RUNDINGAN ANTARA KEMENTERIAN PENGAJIAN TINGGI DENGAN UNIVERSITI ZAGAZIG
24/02/2011
UNIVERSITI ZAGAZIG
PROGRAM
TAHUN
 MULA KULIAH
 SEMUA
 1,2,3,4,5&6
 15 Mac 2011
Data dikemas kini sehingga 24 Februari 2011. Tertakluk pada pindaan.
 
http://jpt.mohe.gov.my/mesir/news4.php

Friday, February 25, 2011

Dari Kementerian Pengajian Tinggi

SENARAI PELAJAR MALAYSIA DI MESIR BERDASARKAN EVAKUASI OPS PIRAMID
Berdasarkan kepada rekod di Kedutaan Malaysia, seramai 11,319 pelajar sedang melanjutkan pengajian di Mesir.Sejumlah 6,135 pelajar sedang mengikuti Program Pengajian Islam manakala baki seramai 5,184 pelajar sedang mengikuti Program Perubatan,Pergigian dan Farmasi di universiti-universiti seperti berikut:
  • AinSham
  • Al-Azhar
  • Alexandria
  • Kaherah
  • Mansurah
  • Tanta
  • Zagazig
Semua pelajar ini adalah merupakan pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (MARA), Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA),Yayasan Negeri atau Persendirian.
Berikut merupakan senarai lengkap pelajar yang telah pulang ke Malaysia melalui Ops Pyramid. (Sumber : Wisma Putra).

Wednesday, February 23, 2011

Kisah Kedua Dari Wartawan Luqman Nul Hakim Mazlan

Wira Dalam Misi Bawa Pulang Pelajar Malaysia Dari Mesir
Oleh Luqman Nul Hakim Mazlan

Ini adalah siri kedua (akhir) rencana mengenai 'Ops Piramid' bagi membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir baru-baru ini oleh wartawan Bernama Luqman Nul Hakim Mazlan yang mengikuti liputan misi menyelamat secara besar-besaran melibatkan ramai rakyat Malaysia di luar negara.

KAHERAH, 22 Feb (Bernama) -- Ramai yang masih tidak menyedari dalam kejayaan membawa pulang lebih 8,000 pelajar Malaysia di Mesir ke tanah air sebenarnya banyak pihak yang sanggup berkorban tenaga.

Mereka ini datang membantu atas pelbagai sebab antaranya kerana perasaan tanggungjawab untuk membantu negara.

Pelbagai halangan yang dihadapi semasa menjalankan operasi ini namun mereka tempuhinya dengan tabah demi menjayakan misi membawa pulang pelajar Malaysia daripada terperangkap di negara yang dilanda krisis politik.

Bukan sahaja tidak cukup tidur malah ada yang ditahan penduduk dan pihak keselamatan Mesir, yang bersenjatakan senapang jenis AK-47 semasa menjalankan tugas.

ATAS DASAR TANGGUNGJAWAB

Bekas Menteri Besar Perlis, Dato Seri Shahidan Kassim ketika ditemui Bernama berkata beliau datang sendiri untuk membantu kerana ada peranan di sana.

Shahidan berkata beliau "tabik" Najib kerana menghantar pelbagai pihak dan mengambil keputusan cepat dan tepat bagi melaksanakan 'Ops Piramid'.

"Ia keputusan yang cepat untuk misi pemindahan yang dibuat dalam jangka masa yang singkat," katanya.

Menurut Shahidan walaupun penat, beliau berasa seronok kerana dapat membantu proses pemindahan tersebut meskipun baru sahaja selesai membantu mangsa banjir di Johor.

"Ini adalah cara mengucapkan terima kasih kepada sebuah kerajaan yang telah banyak menolong saya selama ini, saya warga Malaysia yang berterima kasih dan bersyukur.

"Saya datang sendiri bersama empat lagi wakil media dari Malaysia, bayar tambang pun sendiri ," katanya.

Shahidan berkata beliau dan empat wakil media yang datang bersamanya mengalami tidak cukup tidur selama empat hari kerana membantu dalam 'Ops Piramid' supaya ia berjalan lancar.

HADAPI SITUASI CEMAS

Mohd Taha Hassan, 30, adik kepada bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan juga datang ke Kaherah untuk membantu.

Tidak seperti Shahidan, bagi Mohd Taha ia adalah satu peristiwa yang tidak dapat dilupakan apabila berhadapan dengan anggota keselamatan Mesir yang bersenjata.

Kejadian itu berlaku ketika beliau bersama tiga anggota rombongan kelab Putera 1Malaysia dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah untuk menghantar bekalan makanan kepada pelajar Malaysia yang ditempatkan di Dewan Malaysia Abbasiah.

Apabila beliau menghampiri Tahrir Square, dapat dilihat berjuta rakyat Mesir sedang melakukan tunjuk perasaan, dan tatkala itu kumpulan beliau ditahan oleh kira-kira 20 pegawai keselamatan bersenjatakan senapang jenis AK-47.

Kesemua mereka diarah ke balai polis tentera dan ditanya pelbagai soalan dan paling tidak dapat dilupakan ialah Ketua Unit Media Kelab Putera 1Malaysia, Mohd Khairul Rizzuan Abu Hassan diacukan senapang jenis AK-47.

"Tidak pernah saya menghadapi peistiwa sedemikian, saya cukup risau ketika itu, maklumlah sepanjang hampir lapan tahun saya berada di bumi Mesir untuk menuntut ilmu belum pernah saya menghadapi situasi sedemikian.

"Lagi pula mereka ramai, namun saya bersyukur kepada Allah akhirnya kami semua dibebaskan dan selamat juga akhirnya," katanya lagi.

Mohd Taha berkata beliau tidak pernah rasa menyesal membantu Kelab Putera 1Malaysia menghantar makanan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah ke Dewan Malaysia Abbasiah sehingga mengalami kejadian sedemikian rupa.

Sebaliknya beliau berasa bangga apabila dapat membantu rakyat Malaysia terutama dalam keadaaan yang cukup membimbangkan di Mesir ketika itu sehingga kerajaan terpaksa melaksanakan Ops Piramid.

DUTA MALAYSIA KE LIBYA TURUT BANTU

Seorang lagi yang tampil untuk membantu ialah Duta Malaysia ke Libya, Dzulkepli Mohd Nor.

Sungguhpun beliau telah diarahkan oleh Kementerian Luar untuk membantu proses pemindahan namun beliau sebenarnya datang kerana perasaan tanggungjawab kepada negara.

Ketika ditemui Bernama Dzulkepli berkata walaupun sukar menguruskan proses tersebut beliau masih berbangga dapat menyumbangkan bantuan.

"Ini adalah satu kebanggaan buat diri saya kerana dapat menjayakan misi ini," katanya.

JURUTERBANG AIR ASIA BANGGA SERTAI 'OPS PIRAMID'

Sementara itu, Dinish Alwyn Prabakaran seorang daripada juruterbang Air Asia yang terlibat dalam 'Ops Piramid' berkata beliau berasa terharu apabila dapat membantu penerbangan rakyat Malaysia dari Mesir.

Memandu pesawat dalam 'Ops Piramid' semestinya suatu pengalaman kepada Dinish terutama sekali apabila ia kali pertama sebuah pesawat AirAsia mendarat di Mesir.

Walaupun terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh mereka seperti kebenaran untuk mendarat kerana AirAsia tidak mempunyai penerbangan ke Kaherah dan Jeddah, namun syarikat penerbangan itu akhirnya mereka berjaya mengatasinya.

Pada ketika pelajar Malaysia selamat kembali di tanah air, rakyat Mesir juga telah kembali menjalani kehidupan seperti biasa selepas berjaya mendesak Presiden Hosni Mubarak meletakkan jawatan menerusi 'kuasa rakyat' setelah memerintah Mesir lebih tiga dekad.

Para pelajar berkenaan mahu pulang semula ke Mesir untuk menyambung pengajian manakala rakyat Mesir pula mahu melihat masa depan yang baru untuk negara mereka.

-- BERNAMA

Kisah Pertama Dari Wartawan Luqman Nul Hakim Mazlan

Kejayaan Ops Piramid Berkat Keikhlasan Dan Kerjasama
Oleh Luqman Nul Hakim Mazlan

Ini adalah satu daripada dua siri rencana mengenai Operasi Piramid bagi membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir baru-baru ini oleh wartawan Bernama Luqman Nul Hakim Mazlan yang mengikuti liputan misi menyelamat secara besar-besaran melibatkan ramai rakyat Malaysia di luar negara.

KAHERAH, 21 Feb (Bernama) -- Kejayaan membawa pulang lebih 8,000 pelajar Malaysia dari Mesir baru-baru ini di bawah "Ops Piramid" jelas menunjukkan keupayaan pelbagai agensi dalam mengatur satu misi menyelamat yang berjaya dilaksanakan di luar negara.

Walaupun terdapat cakap-cakap yang tidak menyenangkan bahawa keseluruhan operasi itu bukannya apa sekadar untuk meraih sokongan politik, namun hakikatnya Malaysia mempunyai keupayaan dan aset untuk mengendalikan misi menyelamat rakyatnya di luar negara.

Episod di Mesir juga adalah susulan kejayaan misi di luar negara oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menyelamatkan sebuah kapal tangki kimia Malaysia serta 23 anak kapalnya di Teluk Eden yang dirampas oleh sekumpulan lanun Somalia. Tujuh daripada lanun berkenaan dibawa pulang ke Malaysia untuk didakwa.

Bagaimanapun, tidak seperti di Teluk Eden yang melibatkan tindakan ketenteraan, di Mesir ia adalah misi kemanusiaan melibatkan jumlah yang ramai, pelbagai pihak dan negara ketiga.

KRONOLOGI PERISTIWA

Mesir mengalami pergolakan pada awal Februari apabila rakyatnya mengadakan tunjuk perasaan di bandar-bandar pentingnya - Kaherah, Luxor, Alexandria - untuk menyingkir Presidennya Hosni Mubarak yang telah tiga dekad memerintah hingga dituduh menyebabkan negara berkenaan mengalami masalah ekonomi dan sosial.

Undang-undang dan arahan tidak lagi dipatuhi hinggakan rakyat asing di negara itu termasuk lebih 11,000 pelajar Malaysia diselubungi ketakutan.

Apabila rejim Mubarak berusaha menyurai dan mententeramkan keadaan oleh penunjuk perasaan itu dengan bertindak menghentikan talian Internet dan telekomunikasi, menyebabkan pelajar Malaysia tidak dapat berhubungan ke Malaysia.

Secara tidak langsung ia menyebabkan orang ramai terutama ibu bapa di Malaysia tidak dapat menghubungi anak masing-masing yang belajar di sana hingga menimbulkan perasaan risau yang amat sangat.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tidak lama kemudian pada 1 Feb membuat keputusan bijak apabila mengumumkan untuk membawa keluar pelajar Malaysia setelah mendapat laporan daripada delegasi Malaysia ke sana yang diketuai Timbalan Menteri Luar A. Kohilan Pillay.

Berikutan itu operasi terbesar yang pernah dibuat oleh Malaysia di luar negara dilancarkan.

Operasi itu kemudian dinamakan 'Ops Piramid' merangkumi kepakaran dan aset seperti Majlis Keselamatan Negara (MKN), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Kelab Putera 1Malaysia, Lembaga Tabung Haji, syarikat-syarikat penerbangan Air Asia dan Penerbangan Malaysia (MAS).

SUMBANG PESAWAT BAWA PELAJAR PULANG

Pesawat memainkan peranan penting semasa Ops Piramid dalam memindahkan pelajar dari Mesir ke Jeddah untuk proses transit sebelum dibawa pulang ke Malaysia.

Operasi itu yang bermula pada 2 Feb pada asal melibatkan dua pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) tetapi memandangkan ia melibatkan jumlah pelajar yang ramai dengan ketidaktentuan keadaan di Kaherah, AirAsia dan MAS juga disenaraikan bagi tujuan mempercepatkan operasi pemindahan sebelum keadaan di Mesir bertambah runcing.

Kerajaan Arab Saudi yang menyedari bahawa Malaysia berusaha untuk mengeluarkan dengan seberapa segera rakyatnya telah bermurah hati menyumbang dua pesawat Boeing 747 Saudi Airlines untuk menyertai operasi itu.

Kapal KD Bunga Mas 5, yang terlibat dalam misi menyelamatkan kapal di Teluk Eden, juga diarahkan berjaga-jaga di 'pelabuhan Kaherah' memandangkan penerbangan udara mencukupi dan kumpulan terakhir dibawa pulang ke tanah air ialah pada 7 Feb.

MEREKA DI BELAKANG TABIR

Bagi kesemua mereka yang terlibat dalam operasi berkenaan ia dianggap sebagai keikhlasan dan satu penghormatan dalam menghulurkan khidmat dan bantuan ketika diperlukan oleh negara.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia Bhd, Datuk Kamarudin Meranun ketika ditemubual Bernama baru-baru ini berkata pihaknya berasa bangga apabila dapat turut dalam menjayakan operasi pemindahan tersebut.

"Pelbagai perasaan yang tidak dapat diungkapkan terutamanya perasaan terharu boleh saya katakan apabila kami dapat menyertai operasi ini, bukannya senang kami sebagai sebuah Airlines untuk dapat turut serta operasi ini, kami bersyukur.

"Ini bukan sesuatu yang dirancangkan tetapi apabila kerajaan memohon bantuan dengan senang hati kami menghulurkannya," katanya.

Sementara itu, Lembaga Tabung Haji (TH) turut memainkan peranan yang penting apabila kemudahan Tabung Haji di Jeddah digunakan sebagai tempat transit kepada pelajar dan rakyat Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji Datuk Ismee Ismail memberitahu Bernama bahawa pengalaman Lembaga Tabung Haji menguruskan jemaah Haji digunakan sepenuhnya bagi menjayakan operasi itu.

"Saya rasa tidak sukar untuk menguruskan mereka yang dipindahkan ke Jeddah kerana sebelum ini pernah menguruskan jemaah haji yang jumlahnya lebih besar," katanya.

Tabung Haji menghantar tujuh petugas dari Kuala Lumpur bagi membantu pegawai Tabung Haji yang berada di Jeddah.

"Pegawai kita di sana (Jeddah) yang sedang bercuti pun kita panggil pulang untuk membantu menguruskan pelajar," katanya.

MAJLIS KESELAMATAN NEGARA DAN KEMENTERIAN LUAR

MKN dan Kementerian Luar membuka bilik gerakan yang beroperasi 24 jam di Wisma Putra untuk memantau keadaan pelajar yang masih berada di Mesir.

Pelajar boleh menghubungi bilik operasi untuk menyatakan status mereka dan begitu juga ibu bapa untuk mengetahui perkembangan anak masing-masing.

Sementara itu, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamaed Thajudeen Abdul Wahab berkata pihaknya mewujudkan zon-zon selamat untuk pelajar semasa proses pemindahan tersebut bagi memudahkan mereka menguruskan pelajar berkenaan.

Menurut beliau, pihaknya juga terpaksa mengarahkan operasi pemindahan dijalankan selama 24 jam apabila banyak penerbangan tertangguh.

Begitu juga dengan Kelab Putera 1Malaysia, begitu sibuk mengurus dan menyusun atur pelajar di Mesir seperti penyediaan makanan dan menyusun senarai pelajar yang akan menaiki kapal terbang.

Presidennya Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata walaupun terdapat pelbagai halangan dan rintangan semasa bantuan itu namun pihaknya berjaya menyelesaikan amanah yang telah diberikan.

"Alhamdulillah akhirnya kami berjaya menyelesaikan misi ini walaupun banyak cabaran yang dihadapi pada mulanya.

"Berkat kerjasama pelbagai pihak yang terlibat akhirnya berjaya mengatasi masalah yang mendatang," kataya.

-- BERNAMA

Dari Portal Rasmi Majlis Amanah Rakyat (MARA)

MAKLUMAN PENTING

Borang Pendaftaran Pelajar Tajaan MARA (penghantaran semula ke Mesir) Secara Online


Pelajar – pelajar tajaan MARA yang masih belum mempunyai tiket penerbangan untuk kembali semula ke Mesir di kehendaki untuk mengisi borang pendaftaran secara online mulai 23 februari 2011 – 28 februari 2011.

Tiket penerbangan adalah dari KLIA ke Kaherah / Alexandria sahaja.

Pendaftaran secara online boleh di buat di http://online.mara.gov.my/mesir

Maklumat Pendaftaran Universiti Di Mesir (Setakat 23/02/2011)
 
Universiti Mansourah
Perubatan
Pergigian
Farmasi
15 Mac 2011
19 Mac 2011
19 Mac 2011
Universiti Alexandria
Perubatan (Tahun 4 & 5)
Perubatan (Tahun 1,2 & 3)
Pergigian (Tahun 1 & 2)
19 Mac 2011
26 Mac 2011
2 April 2011
 
 
Lain- lain Universiti akan dimaklumkan dari semasa ke semasa

(tarikh paparan 23 Februari 2011)

Dari mStar Online

K'jaan Negeri BN Diminta Tanggung Tiket Kapal Terbang Pelajar Kembali Ke Mesir 
 
KUALA LUMPUR: Semua kerajaan negeri di bawah pentadbiran Barisan Nasional (BN) diminta menanggung kos tiket kapal terbang anak negeri yang mahu kembali ke Mesir bagi meneruskan pengajian mereka.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, perkara itu disampaikan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada mesyuarat Menteri-menteri Besar dan Ketua-ketua Menteri, Selasa.

Pada mesyuarat itu Muhyiddin juga memutuskan agar Majlis Agama Islam Persekutuan (MAIWP) memberi bantuan RM500 dan tiket penerbangan bagi lebih 400 pelajar tajaannya kembali ke Mesir, kata Jamil Khir kepada pemberita, di sini pada Selasa.

Dalam pada itu, Jamil Khir berkata, pelajar di negeri di bawah pakatan pembangkang yang tidak menerima bantuan kerajaan negeri pula boleh mendaftar di portal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi mendapatkan bantuan.

Bagaimanapun katanya, perkara itu bergantung kepada peruntukan kerajaan persekutuan.

Mengenai bila pelajar terbabit akan dibenarkan kembali ke Mesir, beliau berkata keputusan itu akan dibuat Kementerian Pengajian Tinggi.

Jamil Khir yang juga Pengerusi MAIWP ditemui di Majlis Silaturrahim Menteri Jabatan Perdana Menteri bersama Pelajar-Pelajar Wilayah Persekutuan di Universiti Mesir di sini.

Sementara itu, pelajar yang ditemui pada majlis tersebut menyambut baik sumbangan MAIWP dan berharap kerajaan dapat mempercepatkan penghantaran mereka ke Mesir bagi menyambung pelajaran.

Azrin Jamil, 24, pelajar tahun akhir jurusan usuluddin di Universiti Al-Azhar cawangan Tanta berkata beliau perlu mengambil peperiksaan pertengahan semester yang dijadualkan pertengahan bulan depan.

Beliau berkata kira-kiara 250 daripada 700 pelajar Malaysia di universiti itu mengambil jurusan Pengajian Islam.

Pengerusi Badan Kebajikan Anak-anak Wilayah di Mesir, Mohd Adlly Mohd Bokhori berkata mereka berharap dapat kembali ke Mesir selewat-lewatnya pertengahan bulan depan memandangkan kebanyakan mereka kini di tahun akhir dan perlu menjalani latihan praktikal.

"Pihak universiti juga tidak memberikan hitam putih mengenai peperiksaan kami," kata pelajar tahun akhir pengajian Al-Quran dan Qiraat di Universiti Al-Azhar itu. - BERNAMA

Friday, February 18, 2011

Info Medic Mesir

Pegawai kementerian ke Kaherah

KUALA LUMPUR  - Kementerian Pengajian Tinggi sudah mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk menghantar pegawainya ke Mesir bagi mengadakan rundingan dengan universiti-universiti di sana berhubung kedudukan penuntut Malaysia yang terjejas ekoran krisis politik di negara itu.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beberapa pegawai kementerian akan berlepas ke negara berkenaan hari ini bagi tujuan tersebut.

"Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai rundingan yang diadakan akan dimaklumkan kemudian," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Mohamed Khaled diminta mengulas perkembangan proses rundingan dengan universiti-universiti di Mesir mengenai kedudukan penuntut Malaysia yang dibawa pulang ke tanah air sebelum ini.

Ia termasuk bagi membincangkan waktu sesuai bagi penuntut Malaysia kembali ke Mesir untuk meneruskan pengajian mereka.

Kemelut politik di Mesir menyebabkan 8,341 penuntut dan rakyat Malaysia di negara itu terpaksa dibawa keluar melalui Ops Piramid yang dilancarkan kerajaan bermula 3 Februari lalu.

Dalam pada itu, Mohamed Khaled enggan mengulas apabila ditanya mengenai kos yang terpaksa ditanggung sendiri para penuntut Malaysia yang mahu kembali meneruskan pelajaran di Mesir.

Semalam Timbalan Menteri Luar, Senator A. Kohilan Pillay berkata, kos bagi penuntut Malaysia yang ingin kembali ke Mesir bagi meneruskan pengajian mereka selepas krisis politik yang berlaku di negara itu pulih adalah atas tanggungan sendiri.


Kohilan berkata, ia adalah perkara biasa yang dipraktikkan apabila kerajaan melaksanakan sesuatu proses pemindahan rakyat Malaysia ketika berlaku situasi atau krisis di luar negara.


--Utusan

Info Medic Mesir

Universiti di Mesir bermula 26hb Februari 2011 untuk pelajar-pelajar Mesir

Salam,

Ummi merujuk kepada pengumuman permulaan kuliah pada tarikh 19hb Februari 2011 untuk pelajar-pelajar Mesir oleh Menteri KPT Mesir seperti didalam link dibawah:

Dengan ini dimaklumkan, satu jam yang lepas, mesyuarat KPT Mesir telah berlangsung, Menteri yang sama telah mengumumkan tarikh 19hb Februari 2011 ti tunda kepada 26hb Februari 2011.

Ini adalah tarikh untuk pelajar-pelajar Mesir. Harap Maklum.

Salam,
ummiMM, Kaherah

Kenyataan Wisma Putra

PRESS RELEASE: RESIGNATION OF PRESIDENT HOSNI MUBARAK

Malaysia welcomes the decision by President Hosni Mubarak to resign in deference to the wishes of the people of Egypt. Malaysia also welcomes the handing over of power to the Supreme Council of the Armed Forces, which should lead to a peaceful transition to democracy and stability in Egypt.

The Embassy of Malaysia in Cairo is continuously monitoring the situation in Egypt.

The remaining Malaysians in Egypt are safe. As of today (12 February 2011), the total balance of Malaysians waiting to be transported from Jeddah to Malaysia are 1,584. It is expected that the evacuation process of the last group of 574 will be completed by Monday, 14 February 2011.


Ministry of Foreign Affairs
PUTRAJAYA
12 February 2011

YPK Will Sponsor Return Tickets For 50 Students

KANGAR (Bernama) -- Fifty Perlis students who fled Egypt following unrest can heave a sigh of relief as their airline return tickets will be sponsored by a foundation.

Yayasan Pok dan Kassim (YPK) chairman Datuk Seri Shahidan Kassim said the foundation could only sponsor 50 of the 160 Perlis students who returned recently.

"We can only sponsor 50 students while the rest may be sponsored by Perlis Baitulmal," he said when feting 150 students in Kuala Perlis Wednesday night.

The Tambun Tulang state assemblyman who went to Egypt to help Malaysians said the students need help to continue studies when the situation improves.

Meanwhile, Perlis Family of Students in Egypt president Syed Aisam Syed Idris said the government acted fast to rescue the students.

The Al-Azhar University student said Perlis students were among the earliest groups to be brought home during Ops Piramid.

-- BERNAMA

YPK Akan Taja Penerbangan 50 Pelajar Untuk Kembali Ke Mesir

KANGAR, 17 Feb (Bernama) -- Sebanyak 50 pelajar Perlis yang menangguhkan pengajian mereka di Mesir ekoran pergolakan di negara itu, bakal menerima penajaan penerbangan oleh Yayasan Pok dan Kassim (YPK) bagi meneruskan pengajian mereka apabila keadaan di negara itu kembali pulih.

Pengerusi YPK Datuk Seri Dr Shahidan Kassim berkata walaupun semua pelajar yang pulang ke Perlis berjumlah hampir 160 orang namun pihaknya tidak berupaya untuk menaja kesemuanya.

"Kami hanya menaja 50 pelajar dan selebihnya mungkin boleh ditaja oleh Baitulmal Perlis," katanya ketika ditemui dalam satu majlis perhimpunan 150 pelajar yang terpaksa meninggalkan Mesir baru-baru ini, di Kuala Perlis dekat sini Rabu malam.

Beliau yang juga anggota dewan undangan negeri kawasan Tambun Tulang berkata masa depan mereka perlu dibantu dan antara yang boleh dilakukan ialah menaja penerbangan mereka untuk meneruskan pengajian apabila keadaan di Mesir kembali pulih.

Sementara itu Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Perlis di Mesir, Syed Aisam Syed Idris berkata ketika ditemui di majlis itu berkata beliau berpuas hati dengan tindakan pantas kerajaan membantu pelajar-pelajar di Mesir semasa kekacauan meletus di negara itu.

-- BERNAMA

Malaysian Students Confident Egyptian Universities Will Postpone Examinations

By Nur Firdaus Abdul Rahim

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Malaysian students at Egyptian universities are confident the institutions will postpone examinations scheduled for the very near future, as the current situation does not allow them to return to the conflict-stricken Egypt.

Egypt's Malaysian Medical Students Association of Mansourah University academic committee member Muhammad Azrul Azizi said he had sent an email to the university, asking for extension of leave and explaining the reasons for them not being able to return for the examinations.

However, he said, the appeal was left unattended.

"Students who are still there have also advised us not to rush back and just ignore the university's intolerant attitude since we are still waiting for the government's final decision on when we should return.

"Usually, the university will not carry out the examinations if most students are unable to be present...so, we are confident that they will postpone the examinations for this semester until all students return to the university," he told Bernama when contacted here Wednesday.

He was commenting on the dilemma of Malaysian students in being unable to return to Egypt soon to sit for the university examinations.

The higher education ministry today sent several of its officers to Egypt to discuss with the Egyptian universities on issues concerning Malaysian students who were affected by the country's recent political conflict.

Currently, there are 200 Malaysian medical students who have yet to return home from Egypt due to several reasons, including undergoing practical training.

One of them, Muhammar Amin, when contacted, said the security aspect in Egypt was still not stable.

He said, although street demonstrations had ended and most banks and retail outlets operating as usual, the number of policemen safeguarding the city was still insufficient.

"The police have yet to fully discharge their duties and there is no 100 per cent guarantee that Malaysian students will be safe if they return in the very near future," he said.

Right now, he said, the remaining students there were taking their own initiatives to ensure safety like by contacting each other frequently, as well as informing the Malaysian Embassy of their whereabouts.

-- BERNAMA

Penuntut Malaysia Yakin Peperiksaan Di Mesir Akan Ditangguh

KUALA LUMPUR, 16 Feb (Bernama) -- Pelajar Malaysia yang menuntut di Mesir yakin pihak universiti akan menangguhkan peperiksaan yang dijadual berlangsung dalam masa terdekat ekoran situasi semasa masih tidak mengizinkan mereka untuk kembali ke negara yang bergolak itu.

Anggota Jawatankuasa Akademik Persatuan pelajar Perubatan Malaysia di Universiti Mansourah, Mesir, Muhammad Azrul Azizi berkata beliau telah mengirimkan emel merayu pihak universiti supaya memanjangkan tempoh cuti dengan memaklumkan alasan mengapa mereka tidak dapat pulang untuk peperiksaan tetapi rayuannya itu tidak dilayan pihak universiti.

"Malahan pelajar masih berada di sana turut menasihati kami supaya tidak terburu-buru untuk pulang dan mengabaikan sikap tidak bertoleransi pihak universiti itu memandangkan kami masih menunggu keputusan daripada kerajaan bila boleh kembali ke sana.

"Kebiasaannya pihak universiti tidak akan meneruskan peperiksaan jika ramai pelajar yang tidak dapat menghadirkan diri...jadi kami yakin mereka akan menangguhkan sesi peperiksaan untuk semester ini sehingga semua pelajar pulang," katanya ketika dihubungi Bernama di sini pada Rabu.

Beliau diminta mengulas dilema yang dihadapi penuntut Malaysia yang tidak dapat kembali ke Mesir bagi menghadapi peperiksaan yang dijadual dalam masa terdekat.

Kementerian Pengajian Tinggi pada Rabu menghantar beberapa pegawainya ke Mesir selepas mendapat kebenaran daripada Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengadakan rundingan dengan universiti di sana berhubung kedudukan penuntut Malaysia yang terjejas ekoran krisis politik di negara itu.

Pada ketika ini terdapat kira-kira 200 penuntut Malaysia yang tidak pulang ke tanah air menerusi Ops Piramid atas pelbagai alasan termasuk sedang menjalani latihan amali di hospital di sana.

Sementara itu, penuntut perubatan University Mansoura, Muhammar Amin yang tidak pulang ke tanah air ketika dihubungi berkata aspek keselamatan di Mesir belum stabil.

Beliau berkata ini kerana walaupun demonstrasi jalanan sudah berakhir dengan institusi kewangan serta kedai menjual keperluan harian telah dibuka, jumlah anggota polis yang mengawasi kegiatan jenayah jalanan masih kurang.

"Pihak polis masih belum menjalankan tugas sepenuhnya dan tiada jaminan 100 peratus pelajar Malaysia akan selamat jika kembali dalam masa terdekat, " katanya kepada Bernama.

Beliau berkata pasa masa ini, penuntut Malaysia yang tidak pulang mengambil inisiatif sendiri menjaga keselamatan seperti saling menghubungi di antara satu sama lain.

Muhammar berkata mereka juga sentiasa menghubungi pihak kedutaan bagi memaklumkan setiap pergerakan mereka dan mendapatkan maklumat terkini tentang situasi di bandar-bandar utama di negara itu.

-- BERNAMA

MAS Operated 16 Flights To Evacuate 5,382 Malaysian

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Malaysia Airlines System operated 16 flights over 12 days from Feb 2 to evacuate 5,382 Malaysians from Egypt.

MAS Managing Director and Chief Executive Officer Datuk Sri Tengku Azmil Zahruddin said in a statement Monday that the Malaysians were evacuated to Jeddah in Saudi Arabia before being flown home.

He said the evacuation was a success due to the collaborative efforts of the Malaysian government, private sector and foreign agencies.

Tengku Azmil commended the team at MAS for answering the government's call to evacuate as many Malaysians out of Cairo as quickly and safely as possible.

"The team spirit at MAS was overwhelming and focused on ensuring the smooth evacuation of our fellow Malaysians," he said.

In the interest of safety, Tengku Azmil said, MAS codeshare flights with Egypt Air to Cairo have been suspended until March 27.

He said customers on MAS codeshare service to and from Cairo via Egypt Air on MH9148 and MH9149 are offered a waiver on cancellation and change fees until Feb 28 for travel until June 30.

All changes must be done at MAS ticket offices.

Customers are also eligible to get a refund on the unused portion of their ticket, subject to terms and conditions, Tengku Azmil said.

-- BERNAMA

Tuesday, February 15, 2011

PENERBANGAN TERAKHIR MH8031

Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam Ops Piramid. Terutama kepda YAB Perdana Menteri, Dato' Sri Najib Tun Razak di atas keprihatinan beliau menangani isu ini. Penulis berasa gembira kerana 'Misi Nasional' ini disambut baik oleh rakyat Malaysia. Demi keselamatan rakyat Malaysia di Mesir, usaha membawa balik hampir 11,300 orang (majoritinya adalah pelajar) adalah satu pencapaian yang membanggakan. Ini adalah pemindahan terbesar seumpamanya yang tidak pernah dilakukan oleh mana-mana negara. Tambahan pula ianya mendapat kerjasama daripada Kerajaan Arab Saudi. Ternyata kepimpinan YAB PM telah memberi impak yang besar dalam mendapat kerjasama daripadanya. Syabas!

Monday, February 14, 2011

Info kepada Pelajar di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA)

Borang Lapor Diri Pelajar Tajaan MARA Secara Online

Majlis Amanah Rakyat (MARA) menasihatkan pelajar-pelajar tajaannya di Mesir yang selamat tiba di Malaysia agar dapat melapor diri secara online di http://online.mara.gov.my/mesir atau menghubungi Hotline MARA (8.00 pagi hingga 11.00 malam) : 03-2693 6666, 03-2694 3366, 03-26946622 ATAU Talian Mudah Alih (24 jam) 019-2646253, 019-2883121, 019-2578207, 017-3219756. Ini bagi memudahkan pihak MARA mengetahui perkembangan terkini pelajar dan menyalurkan maklumat penting dari semasa ke semasa.

BERNAMA: 14 Feb 2011 7.19petang

Pelajar Mesir Harap Dapat Teruskan Pengajian 
 
SEPANG: Beberapa pelajar yang menuntut di Mesir dan hari ini pulang ke tanah air, berharap dengan peletakan jawatan Presiden Mesir, Hosni Mubarak akan meredakan pergolakan negara itu sekaligus membolehkan mereka kembali semula ke negara itu meneruskan pengajiannya.

Seorang pelajar tahun dua dari Maktab Qiraat Shoubra, Mesir, Afham Majdi Taib Azamudden, 23, berkata beliau berasa agak terkilan kerana terpaksa menangguhkan pengajian disebabkan pergolakan yang berlaku di negara itu.

"Saya agak terkilan namun bersyukur kerana selamat pulang ke tanah air, meskipun begitu saya berharap keadaan di Mesir akan kembali reda dan aman seperti sediakala dengan peletakkan jawatan Hosni.

"Jika negara tersebut kembali aman, saya harap kami semua dapat kembali ke sana dengan segera dan meneruskan pengajian," katanya kepada Bernama ketika ditemui di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Afifah Abd Khalil, 24, penuntut tahun akhir dalam bidang pengajian Islam di Universiti Mansoura, berharap dapat menghabiskan pengajiannya seperti yang ditetapkan dalam jadual pengajian.

"Saya dan rakan lain berharap supaya pergolakan di sana (Mesir) pulih dengan segera supaya pengajian kami yang dijangka tamat Mei ini berjalan lancar," katanya.

Bapa kepada seorang pelajar, Johar Ariffin, 50, pula berkata meskipun risau dengan keadaan di negara bergolak itu, namun beliau tetap akan membenarkan anak perempuannya menamatkan pengajian sekiranya pergolakan itu reda.

"Sebagai seorang ayah, walaupun bimbang namun saya tetap yakin dengan kerajaan Malaysia yang sentiasa memantau serta mengambil berat keselamatan rakyat negara ini di luar negara," katanya.

Kumpulan terakhir pelajar yang pulang ke tanah air seramai 439 pelajar selamat tiba di tanah air dengan menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) pada pukul 8.46 pagi ini serta seramai 156 lagi tiba tengah hari tadi dengan menaiki penerbangan Saudi Airlines.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan rakyat dan pelajar Malaysia yang dibawa pulang ke tanah air melalui Ops Piramid yang bermula 3 hingga 11 Feb lepas serta dari 12 Feb hingga ke hari ini di bawah pemantauan Majlis Keselamatan Negara (MKN) Jabatan Perdana Menteri adalah seramai 8,341 orang.

Pada Jumaat lepas, Naib Presiden Mesir, Omar Suleiman mengumumkan peletakan jawatan Hosni Mubarak sekaligus menamatkan zaman pemerintahan Hosni selama hampir 30 tahun.-BERNAMA

Ops Piramid kedua akan dijalankan jika keadaan semakin meruncing

Kerajaan Malaysia akan menimbangkan untuk melancar misi "Ops Piramid" kedua jika keadaan di Mesir semakin teruk. Ketika ini kerajaan masih mengikuti penuh perkembangan pelajar Malaysia yang tidak pulang ke tanah air sebagai langkah berjaga-jaga.
 
Ops Piramid pertama telah berjaya dilaksanakan oleh kerajaan dengan kerjasama beberapa agensi-agensi yang terlibat.
 
Situasi politik dan ekonomi tidak stabil akibat dari protes rakyat Mesir terhadap Presiden Hosni Mubarak telah menyebabkan kacaubilau yang berlarutan. Tindakan pantas pihak Kedutaan Besar Malaysia Kaherah kerjasama dengan pihak Wisma Putra di Malaysia memberi maklumat kepada pelajar telah berjaya meletakkan pelajar Malaysia di Mesir dalam keadaan tenang.
 
Ketika Ops Piramid Pertama dilancarkan pelbagai berita-berita yang tidak benar telah disebarkan dan sedikit sebanyak membuat para pelajar Malaysia di Mesir dan ahli keluarga di Malaysia kerisauan.

Wisma Putra: Bilik Operasi Piramid Di Tutup

MAKLUMAN PENUTUPAN BILIK OPERASI OPS PIRAMID, KEMENTERIAN LUAR NEGERI


Adalah dimaklumkan bahawa Bilik Operasi Ops Piramid, Kementerian Luar Negeri akan ditutup bermula jam 4.00 petang, 14 Februari 2011.


2.         Sehubungan itu sebarang pertanyaan boleh dikemukakan kepada: 



Waktu Pejabat


Bahagian Timur Tengah dan Afrika Utara  


No. Telefon :  03-8887 4528  &  03-8887 4182           



Selepas Waktu Pejabat

Bilik Perhubungan 108
No. Telefon :  03-8887 4570


Kementerian Luar Negeri

Laporan Akhbar

Perbelanjaan pulang ke Mesir tanggungan sendiri - Kohilan

14/02/2011 3:25pm

KUALA LUMPUR, 14 Feb. - Perbelanjaan pelajar yang ingin kembali ke Mesir bagi meneruskan pengajian mereka adalah di atas tangunggan sendiri, kata Timbalan Menteri Luar Senator A. Kohilan Pillay hari ini.

”... ini memang secara tradisi dipraktikkan di negara kita,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis angkat sumpah anggota Dewan Negara, di Parlimen di sini.

Bagaimanapun, Kohilan menasihatkan ibu bapa agar hanya menghantar kembali anak mereka ke Mesir selepas mendapat arahan daripada Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah walaupun keadaan di sana dilapor semakin baik.

"Tetapi kita belum nampak pulih sepenuhnya... setelah pulih sepenuhnya baru nasihat akan diberikan dan selepas itu pelajar-pelajar boleh pergi ke Mesir untuk melanjutkan pelajaran,” katanya.

Kohilan turut meminta pelajar dan rakyat Malaysia yang masih berada di Mesir terus berhati-hati. - Bernama

Gambar Terkini (LCCT) : 11 Feb - 14 Feb 2011





Gambar Terkini (KLIA) : 11 Feb - 14 Feb 2011













nota: maaf kesilapan teknikal berkenaan dengan tarikh yg berada di gambar adalah sehari lewat.

Penghargaan


Alhamdulillah jam 12.50 tengahari tadi penerbangan terakhir mmbawa 156 pelajar telah selamat mendarat di KLIA menandakan berakhirnya misi memindahkan pelajar dari Jeddah ke Malaysia. Terima kasih yang tidak terhingga kepada Agensi-agensi Kerajaan Pusat dan Negeri, Yayasan-yayasan, NGO, persatuan-persatuan dan individu-individu yang telah mengembleng tenaga dan bekerjasama dalam menjayakan misi ini. Semoga Allah merahmati dan memberkati usaha tuan-tuan dan puan-puan. Pohon maaf atas segala kekurangan. Wassalam.

En. Azraai Bin Zainuddin
Penolong Pengarah,
Bahagian Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar,
Jabatan Pengajian Tinggi,
Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Tentera Menamatkan Operasi Piramid


Operasi Piramid yg melibatkan pelbagai pihak termasuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) telah menamatkan misi membawa keluar rakyat Malaysia yang berada di Mesir. Ketibaan terakhir pesawat Tentera Udara DiRaja Malaysia membawa pulang seramai 96 orang pelajar hari jumaat lalu.

Bersama-sama mereka adalah 193 orang merangkumi pegawai dan angkatan tentera Malaysia, wakil media, dan agensi-agensi yang terlibat. Mereka tiba menaiki pesawat Tentera Udara DiRaja (RMAF) di lapangan terbang Subang dengan tiga pesawat RMAF C-130.

Ketibaan pulang mereka telah disambut oleh Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Panglima  Angkatan Tentera Malaysia Tan Sri Azizan Ariffin dan ahli keluarga pelajar yang pulang.